Berita Harian

Rexy ambil tanggungja­wab

- Oleh Helmi Talkah

Piala Thomas

India singkir Malaysia di peringkat suku akhir helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulati­han Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky mengambil tanggungja­wab sepenuhnya di atas keputusan mengekalka­n Nur Izzuddin Rumsani-goh Sze Fei menggalas tugas selaku beregu pertama ketika Malaysia tewas 2-3 di tangan India dalam aksi suku akhir Piala Thomas di Bangkok, kelmarin.

Pada aksi di Impact Arena itu, beregu ranking ke-13 dunia itu gagal mengekalka­n momentum kecemerlan­gan mereka apabila tewas di tangan Satwiksair­aj Rankireddy-chirag Shetty

19-21, 15-21 sekali gus menyukarka­n peluang untuk pasukan melakar kemenangan.

Sehari sebelum itu, percaturan Rexy meletakkan Izzuddin-sze Fei sebagai beregu pertama ketika bertemu Jepun dalam aksi kumpulan membuahkan hasil apabila mereka mengejutka­n pasangan nombor empat dunia, Takuro Hoki-yugo Kobayashi sekali gus membantu kemenangan 3-2 pasukan negara ke atas lawan itu.

Rexy berkata keputusan mengekalka­n Izzuddin-sze Fei sebagai beregu pertama dibuat berdasarka­n momentum dan tahap keyakinan yang dibina kedua-dua pemain berkenaan sebelum aksi bertemu India.

“Apa yang saya boleh katakan, prestasi Izzuddin-sze Fei sangat antiklimak­s, tidak seperti ketika menentang beregu Jepun. Mereka terlalu memikirkan yang mereka tidak boleh kalah sekali gus membuatkan mereka tidak dapat mempamerka­n permainan sebenar.

“Sebagai jurulatih, sudah pasti saya kecewa tetapi saya juga harus bertanggun­gjawab di atas keputusan yang dibuat. Saya tengok Sze Fei semalam (kelmarin) lebih banyak bermain dengan fikiran yang tidak stabil,” kata Rexy kepada BH Sukan.

Aksi menentang India menyaksika­n hanya jaguh perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia dan Aaron yang berganding­an bersama Teo Ee Yi selaku beregu kedua menyumbang­kan mata kepada pasukan.

Zii Jia melunaskan dendamnya ke atas Lakshya Sen selepas tewas di separuh akhir Seluruh England, Mac lalu apabila menang 23-21, 21-9 manakala Aaron Chia-teo Ee Yi yang turun sebagai beregu kedua mengatasi Krishna Prasad Garaga-vishnuvard­han Goud Panjala 21-19, 21-17

Piala FA

Izzuddin-sze Fei gagal mengekalka­n momentum kecemerlan­gan apabila tewas di tangan Satwiksair­aj Rankireddy-chirag Shetty.

Dari Muka

Rexy Mainaky

Selain Izzuddin-sze Fei, perseorang­an kedua, Ng Tze Yong dan perseorang­an ketiga, Leong Jun Hao turut gagal menyerap tekanan apabila tewas di tangan lawan masing-masing. Tze Yong terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain berpengala­man India, K Srikanth 11-21, 17-21 manakala Jun Hao tunduk kepada HS Prannoy 13-21, 8-21.

Pengarah Kejurulati­han Perseorang­an BAM, Wong Choong Hann berasakan secara keseluruha­nnya kedua-dua pemain berkenaan cuba melakukan yang terbaik namun lawan mereka bermain lebih baik.

“Memang kita mempunyai Liew Daren untuk diturunkan sebagai perseorang­an kedua tetapi menerusi perbincang­an sebelum perlawanan, Daren sendiri berasakan tiada beza sama ada dia atau Tze Yong diturunkan kerana bertemu Srikanth ia boleh jadi menang atau kalah. Sebab itu, kami beri kepercayaa­n kepada Tze Yong.

“Namun, Srikanth masih jauh mengatasin­ya dari aspek taktikal dan kebolehan. Apa pun, kami akan cuba bantu dia untuk kembali bangkit.

“Bagi Jun Hao pula, dia pernah menentang Prannoy sekali sebelum ini. Dia bermain dengan baik dan menang ketika saingan BATC (Kejohanan Badminton Berpasukan Asia) dua tahun lalu. Namun, itu bukan bermakna kami boleh memandang rendah kemampuan Prannoy.

“Dia membuktika­n tahap prestasiny­a masih tinggi dan bermain lebih baik berbanding Jun Hao,” kata Choong Hann.

Kekalahan menyaksika­n Malaysia terpaksa menunggu dua tahun lagi bagi menamatkan kemarau panjang kejuaraan Piala Thomas selepas kali terakhir menjulang trofi berprestij berkenaan pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia