Berita Harian

JDT, Sri Pahang dijangka mudah mara

-

Kuala Lumpur: Pasukan Liga Super, Johor Darul Ta‘zim (JDT) dan Sri Pahang FC dijangka tidak berdepan masalah untuk lolos ke suku akhir Piala FA selepas aksi pusingan kedua, malam ini.

JDT akan berdepan Sarawak United di Stadium Sultan Ibrahim manakala Sri Pahang pula melayan kunjungan skuad Projek FAM-MSN di Stadium Darul Makmur.

Bagi skuad Harimau Selatan, kejayaan membelasah Sarawak United 6-0 pada aksi Liga Super di gelanggang sama, Mac lalu sudah cukup untuk meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan.

Malah, berdasarka­n prestasi konsisten dan sentiasa dahagakan kemenangan skuad JDT jelas sukar untuk anak buah B Sathianath­an membalas dendam atau mencipta keajaiban di Stadium

Sultan Ibrahim.

Benjamin Mora mungkin melakukan beberapa perubahan pemain, namun ia tidak akan menjejaska­n persembaha­n pasukannya kerana semua tahu juara Liga Super lapan kali berturuttu­rut itu memiliki ramai pemain yang berkualiti termasuk dalam barisan simpanan.

Sri Pahang pula pasti mahu menebus kekecewaan tewas 1-2 di tangan Sarawak United dalam aksi Liga Super, Rabu lalu dengan menjadikan skuad Projek FAMMSN sebagai mangsa mereka.

Berstatus pasukan Liga Super dan memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, tiada alasan untuk skuad kendalian Christophe Gamel itu gagal meraih kemenangan dan menempah tiket ke suku akhir.

Sementara itu, dua lagi aksi yang akan berlangsun­g malam esok membabitka­n Melaka United FC dan PJ City FC di Stadium Hang Jebat serta Penang FC pula berkunjung ke Stadium Perak, Ipoh.

Pertembung­an antara Melaka United dan PJ City dijangka lebih sengit berbanding aksi lain dengan kedua-duanya berdepan prestasi kurang konsisten dalam beberapa perlawanan awal Liga Super.

Kelebihan mungkin menjadi milik Melaka United dengan skuad Hang Tuah dilihat sedang bangkit daripada masalah prestasi apabila merekodkan dua kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan termasuk menewaskan Kedah Darul Aman FC dan Sri Pahang.

Pertembung­an dua pasukan tercorot Liga Perdana dan Liga Super iaitu Perak dan Penang juga tidak kurang menariknya dengan kedua-duanya masih bergelut pada musim ini.

Jika dinilai berdasarka­n barisan pemain dan status liga, Penang boleh dianggap memiliki kelebihan besar untuk mara ke suku akhir Piala FA.

Quentin Cheng

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia