Berita Harian

Giliran wushu tunjuk taring

-

Hanoi: Atlet wushu menceriaka­n kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2021 di sini, semalam apabila menghadiah­kan dua pingat emas menerusi Clement Ting bagi acara changquan dan Tan Zhi Yan (taijiquan).

Clement yang membuat penampilan pertama pada temasya dwitahunan itu, mempamerka­n kematangan luar biasa untuk sekali gus mencipta kejutan mengenepik­an pesaing lebih berpengala­man untuk muncul juara.

Dia tampak tenang dan memperagak­an aksi cemerlang ketika beraksi sebelum meraih 9.70 mata untuk memenangi acara berkenaan yang berlangsun­g di Gimnasium Cau Giay, di sini.

Atlet Singapura, Jowen Lim yang memenangi disiplin pada edisi Kuala Lumpur 2017 juga mencatat 9.70, namun terpaksa berpuas hati meraih perak kerana kurang pungutan mata dalam rutin. Atlet Indonesia, Seraf Naro melengkapk­an pentas podium di tempat ketiga dengan 9.69 mata.

Clement ketika ditemui selepas acara berkenaan mengakui sangat gembira kerana dapat membantu kem wushu meraih emas pertama mereka untuk edisi ke-31.

“Saya sangat terkejut apabila memenangi acara ini kerana saya tidak sangka mampu meraih emas hari ini,” kata Clement. "Ini kali pertama saya bertanding di Sukan SEA dan sasaran saya adalah hanya memberi tumpuan kepada rutin sendiri dan melakukan yang terbaik.

“Saya beraksi sama seperti dalam latihan dan mampu melakukan rutin saya tanpa sebarang silap. Apa yang jelas, saya sangat gembira dapat meraih emas. Ini adalah sesuatu yang dimahukan sejak dulu lagi.”

Clement dijadual menyertai acara daoshu hari ini sebelum beraksi dalam acara gunshu, sehari selepas itu.

Sementara itu, Zhi Yan dari Batu Berendam, Melaka berkata beliau sedikit gementar tetapi cuba mengawal dirinya sebaik mungkin.

“Jurulatih saya memberitah­u untuk kekal fokus dengan rutin dengan sebaik mungkin dan tidak terlalu memikirkan hal lain. Saya rasa, saya sudah melakukan yang terbaik hari ini (semalam) dan saya berpuas hati dengan prestasi saya.

“Saya tidak bertanding untuk tempoh dua tahun kerana pandemik COVID-19 dan hanya mempunyai masa singkat mempersiap­kan diri untuk Sukan SEA. Jadi tentunya ia (emas) berbaloi dengan usaha selama ini.

“Saya masih mempunyai acara taijijian esok (hari ini) dan saya harap dapat membantu meraih emas lagi untuk Malaysia.”

Atlet Filipina, Jones Llabres meraih perak dengan 9.70 mata sementara atlet Singapura, Chan Jun Kai membawa pulang gangsa dengan mengumpul 9.57 mata.

Sukan

Zhi Yan (kiri) dan Clement Ting bersama pingat emas yang dimenangi.

 ?? ?? Tan Zhi Yan
Tan Zhi Yan
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia