Berita Harian

Kerajaan kena buat pertimbang­an teliti

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi bhnews@bh.com.my

Mustapa minta lihat prestasi kewangan negara sebelum buat keputusan

Jeli: Kerajaan perlu membuat pertimbang­an teliti mengenai prestasi kewangan negara dalam isu pengambila­lihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy), walaupun mahu mengelak syarikat perkhidmat­an minyak dan gas (O&G) itu diisytihar muflis.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ramai sedia maklum, banyak industri terjejas sepanjang tempoh pandemik, termasukla­h perkhidmat­an O&G, sama ada syarikat kecil atau besar.

Katanya, O&G adalah industri strategik dan Sapura Energy adalah sebuah syarikat terbesar di dunia dalam bidang berkenaan.

“Sebarang bantuan diberikan itu, jika tidak membabitka­n kerajaan sekali pun, tetapi PETRONAS adalah milik kerajaan. Maka dengan itu kerajaan perlu melihat dengan teliti sebelum membuat keputusan.

“Seminggu lalu, kami sudah mengadakan perjumpaan dengan syarikat O&G yang terjejas. Mereka menceritak­an masalah yang dihadapi khususnya sejak COVID-19 apabila harga minyak merudum,” katanya selepas merasmikan Projek Jambatan Sungai Nibong, Kuala Balah, di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Najib Razak mencadangk­an supaya PETRONAS mengambil alih Sapura Energy untuk mengelak syarikat itu daripada diisytihar muflis.

Cadangan itu antara dua syor digariskan bekas Perdana Menteri itu sebagai langkah menyelamat­kan Sapura Energy memandangk­an PETRONAS memiliki kepakaran dengan satu lagi pilihan membabitka­n pinjaman bank kepada syarikat itu yang dijamin kerajaan.

Najib mendakwa, kedua-dua opsyen atau pilihan digariskan itu tidak akan membabitka­n sebarang dana kerajaan.

Dalam perkembang­an lain, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, penantian selama 40 tahun membabitka­n 6,000 penduduk sekitar Kampung Balah di sini, akan berakhir apabila kerajaan meluluskan projek pembinaan jambatan Sungai Nibong bernilai RM10.17 juta.

“Projek pembinaan jambatan Sungai Nibong sepanjang 237 meter itu sudah bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2024 dan berharap projek ini dapat disiapkan sebagaiman­a yang dijadualka­n.

“Jambatan yang menghubung­kan Kuala Balah dengan kawasan estet itu amat penting bagi kesinambun­gan projek dan meningkatk­an sosioekono­mi penduduk setempat serta memudahkan mereka mengeluark­an hasil getah dan kelapa sawit,” katanya.

“Sebelum ini, penduduk memiliki tanah kebun di kawasan seberang sungai terpaksa menggunaka­n bot untuk berulang alik, namun apabila jambatan ini siap ia sekali gus memudahkan urusan pergerakan mereka khususnya kepada penduduk kampung untuk meningkatk­an pendapatan mereka untuk membawa hasil daripada kebun,” katanya.

 ?? (Foto Hazira Ahmad Zaidi/bh) ?? Mustapa Mohamed (kanan) meninjau lokasi pembinaan Jambatan Sungai Nibong di Jeli, semalam.
(Foto Hazira Ahmad Zaidi/bh) Mustapa Mohamed (kanan) meninjau lokasi pembinaan Jambatan Sungai Nibong di Jeli, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia