Berita Harian

KPDNHEP Johor kenakan kompaun RM100,800

-

Harga Maksimum Ayam dan Telur

Johor Bahru: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor mengenakan kompaun berjumlah RM100,800 bagi 118 kesalahan sepanjang kempen Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang dilaksanak­an sejak 5 Februari lalu.

Pengarahny­a, Mohd Hairul Anuar Bohro, berkata kompaun itu dikenakan bagi pelbagai kesalahan antaranya tidak meletak tanda harga, menjual melebihi harga kawalan dan tidak guna kad tanda harga warna merah jambu.

“Kesalahan itu dikesan selepas 4,037 pemeriksaa­n meliputi 3,974 peruncit dan 53 pemborong dan sepuluh peladang.

“Sebanyak 118 kes dihasilkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan jumlah kompaun sebanyak RM100,800.

“Sepanjang pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (HRP) 2022, KPDNHEP Johor melakukan 586 pemeriksaa­n meliputi 581 peruncit dan lima pemborong.

“Sebanyak 18 kes dihasilkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan jumlah kompaun sebanyak RM 2,200,” katanya dalam kenyataan semalam.

Di Kangar, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Azman Mohd Yusof, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalka­n lesen individu yang menjual atau menyewa lesen perniagaan runcit secara ‘Ali Baba’ kepada orang asing, khususnya di pekan sempadan.

Katanya, pihaknya maklum kebimbanga­n peniaga tempatan pekan sempadan di Kelantan, Kedah dan Perlis terhadap kebanjiran peniaga warga asing selepas pembukaan sempadan Malaysia-thailand baru-baru ini.

“Bagi peniaga tempatan yang menjual atau menyewa lesen perniagaan mereka kepada warga asing, tindakan pembatalan lesen operasi perniagaan boleh dilaksanak­an oleh pihak PBT (pihak berkuasa tempatan),” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Azman berkata kerajaan hanya membenarka­n warga asing yang memegang pas penggajian kategori satu iaitu bergaji RM10,000 ke atas dan kategori dua (RM5,000 ke atas) untuk membuka perniagaan di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia