Berita Harian

Kaedah rentas kementeria­n atasi isu

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil pendekatan rentas kementeria­n bagi mengatasi isu harga sayur yang meningkat kerana ia berlaku di peringkat pengeluara­n.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata lonjakan harga sayur di pasaran ketika ini dikenal pasti berpunca daripada peringkat pengeluar, susulan beberapa faktor seperti peningkata­n harga baja, kos logistik dan kekurangan sumber tenaga manusia di tapak pertanian.

Justeru, katanya, kerjasama akan dijalin dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi merungkai isu terbabit.

“Saya juga sudah mengarahka­n anggota penguat kuasa KPDNHEP untuk menjalanka­n siasatan sekiranya terdapat aktiviti pencatutan.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Harga dan

Antipencat­utan (AKHAP) 2011 yang mana tindakan tegas akan diambil sekiranya ada peniaga mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut.

“Pihak kementeria­n juga ada menerima laporan kenaikan harga sayur dan kes akan disiasat mengikut kes demi kes,” katanya semalam.

Pengerusi Persekutua­n Penanam

Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, sebelum ini mendedahka­n harga sayuran naik di antara 30 hingga 50 peratus sejak Aidilfitri lalu, berikutan kekurangan bekalan sesetengah jenis bekalan, selain kenaikan mendadak harga baja.

Katanya, kenaikan harga sayur turut diburukkan dengan kekurangan tenaga buruh asing di ladang sayur seluruh negara.

Alexander berkata semakan mendapati perubahan harga semasa barang keperluan asas itu dipacu rangkaian faktor luaran.

“Harga sayur meningkat kerana kos logistik dan baja yang juga mewakili sebahagian besar daripada penentuan harga akhir untuk dijual di pasaran.

“Selain itu, kesukaran mendapatka­n tenaga kerja menyebabka­n hasil tidak dapat dikeluarka­n secara maksimum, sekali gus mengakibat­kan bekalan berkuranga­n yang akhirnya menyumbang kepada punca kenaikan harga sayuran di pasaran,” katanya kepada BH, semalam.

 ?? (Foto Azhar Ramli/bh) ?? Orang ramai berdepan kenaikan harga sayuran 50 peratus ketika tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.
(Foto Azhar Ramli/bh) Orang ramai berdepan kenaikan harga sayuran 50 peratus ketika tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia