Berita Harian

Tangani isu keselamata­n pengguna motosikal

- Oleh Safeek Affendy Razali safeek@bh.com.my

Malaysia mampu keluar daripada kelompok 10 negara paling bahaya memandu

Kuala Lumpur: Malaysia boleh keluar daripada senarai 10 negara di dunia yang dilabel paling berbahaya untuk pemanduan di jalan raya, jika kerajaan menangani sepenuhnya isu keselamata­n pengguna motosikal, selain kenderaan berat seperti lori, bas dan treler.

Ketua Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua, berkata berdasarka­n jumlah kematian sering direkodkan dalam Op Selamat ketika musim perayaan, lebih 50 peratus kematian adalah membabitka­n penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, berdasarka­n data dikeluarka­n firma pendidikan pemanduan antarabang­sa, Zutobi, kedudukan negara boleh diperbaiki sekiranya tumpuan terhadap keselamata­n penunggang motosikal diberi perhatian lebih serius.

“Secara keseluruha­n, jumlah motosikal lebih 60 peratus daripada semua kenderaan yang berdaftar di negara kita. Justeru, penting aspek keselamata­n terhadap pengguna motosikal diberi keutamaan.

“Dulu, kerajaan pernah mewajibkan pemasangan lampu hadapan pada waktu siang kepada semua pengguna motosikal, namun langkah itu juga masih belum mencukupi untuk mengatasi kemalangan jalan raya membabitka­n golongan itu,” katanya kepada BH, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengkaji semula langkah keselamata­n membabitka­n penggunaan motosikal.

“Dari dulu lagi, kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pelbagai kempen keselamata­n, musim perayaan pula ada penguatkua­saan oleh polis dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), namun saban tahun, kes kematian pengguna motosikal masih menjadi penyumbang utama statistik nahas maut.

“Dalam data Zutobi, Malaysia berada di tangga kedua dalam aspek kematian tertinggi di belakang Thailand. Sekiranya kita memberi tumpuan kepada motosikal, saya yakin kita boleh berada dalam kategori kematian terendah atau tidak termasuk pun dalam senarai 10 negara dengan kes tertinggi,” katanya.

Selain motosikal, katanya, agensi kerajaan yang terbabit juga harus memberi perhatian kepada sistem keselamata­n kenderaan berat seperti lori, bas dan treler.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia