Berita Harian

Jenazah tiga lagi mangsa selamat dikebumi

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Lima pelajar USAS maut nahas

Suasana hiba, pilu selubungi kawasan tanah perkuburan

Kuala Lumpur: Jenazah tiga lagi penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terbunuh dalam nahas dengan dua treler di Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada tengah malam Rabu, selamat disemadika­n di kampung halaman masing-masing di Negeri Sembilan, Selangor dan Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata proses pengesahan ketiga-tiga pelajar itu berjalan lancar dengan proses pengecaman identiti dapat diselesaik­an malam kelmarin, menerusi padanan rekod pergigian masing-masing.

Pengarah Hospital Taiping, Dr Hajah Narimah Yusof, berkata bedah siasat yang dijalankan pasukan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping bersama Unit Forensik Odontologi Hospital Kuala Lumpur mengambil masa kurang 24 jam untuk mengenal pasti ketiga-tiga mangsa berkenaan.

Sebaik proses pengecaman identiti di Unit Forensik Hospital Taiping selesai, jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Iqbal Hasnun Halimi, 23; dan Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dibawa untuk dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS.

Ratusan jemaah yang rata-ratanya adalah pelajar USAS di sini menunggu lebih dua jam demi turut serta mendirikan solat jenazah ke atas tiga pelajar itu.

Turut kelihatan menyertai solat jenazah adalah Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi serta EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi

Mohamad Daud.

Suasana pilu jelas dirasai dan menyelubun­gi persekitar­an masjid, khususnya apabila bapa kepada ketiga-tiga pelajar itu diberi ruang berucap kepada jemaah usai solat sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing, tepat jam 12 tengah malam kelmarin.

Jenazah Muhammad Nasrun Aidol tiba di rumahnya si Taman Desa Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu pada jam 2.07 pagi semalam, sebelum selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Kubu Baharu pada jam 7.55 pagi semalam.

Sementara itu, jenazah Muhammad Nabil Haikal pula tiba di kediaman keluargany­a dekat Kampung Sungai Mahang, Nilai pada jam 3 pagi sebelum disolatkan di situ pada jam 7.50 pagi dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar kira-kira jam 9 pagi.

Suasana hiba dan pilu menyelubun­gi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 100 orang apabila ahli keluarga Allahyarha­m Muhammad Nabil dilihat tidak dapat menahan sebak sepanjang urusan pengebumia­n berlangsun­g.

Bapanya, Muhammad Fariz Amat Jusak, 49, meluahkan rasa lega selepas semua urusan membawa pulang dan pengebumia­n jenazah anaknya selesai, sambil menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pihak yang membantu.

“Saya reda dengan pemergian arwah dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mendoakan anak saya termasuk rakan-rakannya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka,” katanya ketika ditemui media di tanah perkuburan selepas pengebumia­n.

Jenazah Iqbal Hasnun pula di rumah keluargany­a dekat Taman Impian Jaya, Senai pada jam 6

Kuala Kangsar: Pemandu treler muatan besi yang terbabit nahas di KM245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengorbank­an lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini, dijangka didakwa di mahkamah seawalnya Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata proses pendakwaan itu bagaimanap­un tertakluk kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya selepas meneliti kertas siasatan kes yang akan diserahkan pada Selasa. pagi semalam, sebelum disolatkan sekali lagi di Surau Taman Impian Jaya dan dikebumika­n Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong di sini jam 7.30 pagi.

Bapa Allahyarha­m, Halimi Ali Yahad, 50, berkata keluargany­a bersyukur kerana semua urusan arwah termasuk pengebumia­nnya

“Kertas siasatan akan dikemukaka­n kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa. Jika beliau berpuas hati, suspek akan dituduh pada petang Selasa. Esok (hari ini), kita akan bawa dia ke Mahkamah Majistret untuk sambung reman,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pemandu treler berusia 28 tahun itu berada dalam tahanan reman selama empat hari bermula Khamis hingga hari ini bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan terhadapny­a mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. berjalan lancar, selain menghargai doa pelbagai pihak untuk anaknya itu.

“Ada yang melakukan solat hajat, membacakan doa, (surah) Yasin... ia amat bermakna dan mempermuda­hkan urusan arwah kerana pada awalnya proses menuntut jenazahnya dikatakan memakan masa lebih lima hingga enam hari.

“Selepas solat Jumaat semalam (kelmarin), ada petanda ketiga-tiga jenazah dapat dicam dan dituntut pada hari sama. Semua keluarga berasa nikmat walaupun perit menerima kenyataan mereka sudah tiada dan nikmat paling besar adalah nilai persaudara­an insan yang tidak kami kenal tetapi mengambil berat hal kebajikan dan kebaikan untuk kami,” katanya kepada BERNAMA.

Kelmarin, jenazah seorang lagi mangsa kemalangan itu Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau di Parit Buntar, Perak, manakala jenazah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, pula dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kijal di Kemaman, Terengganu.

Identiti kedua-dua pelajar itu dapat dikenal pasti lebih cepat susulan penemuan kad pengenalan masing-masing pada mayat mereka.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam Rabu itu, lima penuntut USAS berkenaan yang menaiki kereta Honda City rentung apabila kenderaan dinaiki mereka terbakar akibat kemalangan membabitka­n dua treler di kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Kuala Kangsar, Perak.

Kenderaan itu dipandu Muhammad Nasrun Aidol, manakala Ahmad Naim Najmi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala Muhammad Nabil Haikal, Iqbal Hasnun dan Ahmad Akmal, duduk di bahagian penumpang belakang.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Jemaah mendirikan solat jenazah di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS sebelum jenazah tiga sahabat dibawa pulang ke kediaman waris masing-masing untuk dikebumika­n.
(Foto BERNAMA) Jemaah mendirikan solat jenazah di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS sebelum jenazah tiga sahabat dibawa pulang ke kediaman waris masing-masing untuk dikebumika­n.
 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Muhammad Fitri rebah selepas menyiram air ke pusara arwah abangnya, Muhammad Nasrun Aidol sambil dibantu bapanya, Aidol Munir Akbar Abdul Aziz (tiga dari kiri) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh) Muhammad Fitri rebah selepas menyiram air ke pusara arwah abangnya, Muhammad Nasrun Aidol sambil dibantu bapanya, Aidol Munir Akbar Abdul Aziz (tiga dari kiri) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia