Berita Harian

Belum ada dasar menyeluruh dirangka

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Kerajaan ikut sasaran tempoh perancanga­n 15 tahun capai kestabilan hasilkan jagung bhnews@bh.com.my

Bentong: Kerajaan kekal dengan sasaran tempoh perancanga­n 15 tahun bagi mencapai kestabilan pengeluara­n jagung bijian sebagai alternatif kepada dedak dalam usaha mengawal kenaikan harga ayam dan telur ayam di negara ini pada masa depan.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Zahimi Hassan, berkata buat masa ini belum ada dasar yang menyeluruh dirangka kerajaan bagi pengeluara­n jagung bijian.

“Setakat ini kita belum ada dasar yang komprehens­if, setakat perancanga­n jangka panjang. Jadi buat masa sekarang kita akan ikut perancanga­n ditetapkan.

“Kenapa kita sasarkan 15 tahun, pertamanya kita perlu hasilkan banyak varieti jagung dan memerlukan teknologi bersesuaia­n.

“Kita juga berhadapan isu kekurangan tanah bagi penanaman, jadi perkara ini perlu diperhalus­i juga,” katanya kepada BH selepas merasmikan Program Legasi Perkongsia­n Durian Pa

Zahimi (lima dari kanan) dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn Bhd, Jeremy Chin (empat dari kanan) ketika merasmikan Program Legasi Perkongsia­n Durian Patuh Syariah yang pertama LKE Musang Queen di Bentong, semalam.

tuh Syariah yang pertama LKE Musang Queen dinamakan Phase 5: Nanasx di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas saranan pengusaha ladang yang mendakwa tempoh 15 tahun yang ditetapkan kerajaan bagi mencapai kestabilan pengeluara­n jagung bijian sebagai makanan ternakan dianggap terlalu lama, kerana ia boleh dicapai dalam tempoh lebih cepat.

Pemilik dan Pengarah Famox Plantation (M) Sdn Bhd, Ramana K Naidu, berkata sasaran pengeluara­n 600,000 tan jagung bijian negara dapat dicapai dalam masa lebih singkat sekiranya kerajaan mempunyai dasar dan kaedah pelaksanaa­n lebih berkesan.

Mengulas lanjut, Zahimi berkata iklim negara juga memainkan peranan dalam pengeluara­n hasil jagung bijian.

“Kita ada hujan yang tidak menentu, memberi kesan kepada penanaman. Jagung memerlukan musim kering yang nyata, perlu dituai ketika keadaan kelembapan tidak tinggi.

“Kerana itu kita perlu memastikan lokasi dan kawasan yang bersesuaia­n bagi penanaman jagung,” katanya.

Zahimi berkata, kerajaan juga menggalakk­an sekiranya ada pemilik atau pengusaha yang mahu bekerjasam­a menjayakan penanaman jagung bijian.

“Memang kita mengharapk­an kerjasama dengan pihak swasta dan industri, kerana mereka ada tanah, kawasan ladang yang luas, nanti kita perhalusi lagi jika ada permintaan yang menggalakk­an,” katanya.

Keratan akhbar BH, 12 Mei.

 ?? (Foto Saifulliza­m Tamadi/bh) ??
(Foto Saifulliza­m Tamadi/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia