Berita Harian

Aspirasi guru OKU didik anak bangsa

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi bhnews@bh.com.my

Iltizam tutup kekurangan diri, jadikan obor semangat jalankan tanggungja­wab

Kota Bharu: Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain adalah perumpamaa­n sesuai untuk menggambar­kan pengorbana­n seorang guru yang sanggup berkorban masa serta tenaga demi memastikan anak didik mereka berjaya dalam kehidupan.

Peranan seorang guru bukan sahaja mengajar, malah di bahu mereka juga terletak harapan menggunung ibu bapa, kerajaan dan masyarakat bagi membangunk­an modal insan yang cemerlang.

Bagi seorang guru yang juga orang kurang upaya fizikal (OKU), Zawati Yusoff, 52, berkata walaupun dia dilahirkan sebagai individu kerdil, semangat dan kewibawaan­nya menutup ‘kekurangan’ dimiliki bahkan turut membuktika­n dia juga mampu berdiri sama tinggi dengan individu berfizikal normal.

Pemegang Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berkhidmat sebagai guru Pendidikan Khas dengan mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 itu meletakkan anak didikannya setaraf potensi mereka dengan pelajar normal.

Katanya, dia tidak akan patah semangat untuk terus berjuang mendidik anak OKU kerana mereka juga berpotensi maju seperti pelajar normal lain dengan bantuan dan sokongan daripada insan bergelar cikgu.

“Tugas guru pendidikan khas lebih mencabar kerana mereka perlu membimbing murid yang kelainan upaya di samping mempunyai masalah yang pelbagai. Guru Pendidikan Khas bukan setakat mengajar dalam bilik darjah bahkan mereka juga sebagai kaunselor, pengasuh dan pemudah cara.

“Selain itu, guru pendidikan khas juga perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi, penyayang, serta bertanggun­gjawab dalam menghadapi kerenah murid khas yang sukar dijangka.

“Bagi menghadapi situasi ini guru perlu mengawal perasaan serta pandai menghargai kebolehan murid biarpun pencapaian mereka sangat minimum,” katanya.

Zawati berkata, dia menganggap pelajar istimewa ini seperti anak sendiri dan cuba menyampaik­an ilmu kepada mereka sebaik mungkin sehingga menjadi insan yang berguna dan berjaya di sebalik kekurangan diri masing-masing.

“Pada masa sama, mengajar mereka memberi satu kepuasan kepada saya, terutama apabila setiap yang diajar dipraktikk­an oleh mereka biarpun ia mengambil masa lama tidak seperti pelajar normal lain,” katanya.

Katanya, sepanjang bergelar pendidik, dia pernah beberapa kali dianugerah­kan Guru Kelainan Upaya (OKU) Cemerlang di atas kecemerlan­gannya mendidik pelajar istimewa.

“Saya menyifatka­n anugerah yang diterima ini sebagai cetusan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam pendidikan bagi mendidik anak bangsa terutama pelajar istimewa untuk menjadi setanding insan normal.

“Malah, tugas mendidik pelajar di sekolah pendidikan khas bukan dianggap sebagai cabaran sebaliknya satu kelebihan kerana mengajar pelajar istimewa sangat berbeza daripada mengajar pelajar normal selain menuntut kesabaran yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi guru di Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Uban, Pasir Mas, Abdullah Abd Kadir, 28, berkata, dia yang dilahirkan normal diuji apabila kehilangan tangan kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Bentong, Pahang pada 26 Mac 2018 ketika dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke ibu kota selepas habis cuti penggal untuk ke tempat mengajarny­a di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur.

Katanya, kemalangan berkenaan berlaku di Kilometer 7.5 Jalan Bentong-raub dekat Bukit Lebu, selepas kereta yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung sedalam 25 meter dan lebih memeritkan lagi apabila terpaksa bertahan di dalam kereta selama lebih sejam kerana menunggu bantuan anggota penyelamat yang pada awalnya tidak dapat menjejaki lokasinya menyebabka­n dia sendiri menghubung­i talian kecemasan.

Anak kedua daripada lapan beradik itu berkata, walaupun sudah cacat dan sebelum ini menulis menggunaka­n tangan kanan, namun dia tidak sesekali patah semangat untuk terus mengajar dan terus menabur bakti kepada anak bangsa kerana jiwa sebagai pendidik begitu tebal dalam dirinya.

“Saya sebenarnya hampir berputus asa selepas terbabit dalam kemalangan dan apabila doktor memaklumka­n tangan kanan saya gagal diselamatk­an dan terpaksa dipotong sehingga paras siku kerana bimbang berlaku jangkitan kuman.

“Ketika itu, saya reda dan perlu menerima hakikat bahawa tangan kanan saya akan dipotong dan cacat hingga akhir hayat, namun semangat tinggi diperlukan untuk meneruskan tanggungja­wab sebagai guru dan istilah putus asa sudah perlu dipadam dalam kamus bagi meneruskan kehidupan katanya.

Abdullah berkata, dia diberi cuti sakit selama lima bulan sebelum menyambung semula tugas sebagai guru, namun pada masa sama turut memohon pertukaran di Kelantan disebabkan keadaan dirinya, selain memerlukan sokongan serta semangat daripada keluarga.

“Susulan daripada itu, bermula 15 Ogos 2018, saya ditugaskan di SK To’ Uban seperti permohonan sebelum ini bagi meneruskan perjuangan sebagai seorang guru demi mendidik anak bangsa.

“Sebelum kembali mengajar, saya membuat latihan menulis dengan tangan kiri dengan menggunaka­n buku tekapan supaya tidak kekok selain untuk membiasaka­n diri kerana sebelum ini saya menulis menggunaka­n tangan kanan dan persediaan perlu dilakukan kerana tugas sebagai guru menuntut saya untuk menulis,” katanya.

Katanya, apa yang berlaku di dalam hidupnya ada hikmah dan tidak pernah menyesali takdir yang berlaku kerana segala yang dialaminya adalah aturan Allah SWT.

“Walaupun saya kudung tangan kanan, saya berasa hidup normal sama macam dulu, tiada perbezaan cuma mungkin tidak bagi orang lain yang sebelum ini melihat fizikal saya yang sempurna.

“Kerjaya guru adalah satu profesion mulia kerana insan istimewa ini memikul amanah dalam mencorakka­n anak bangsa bermula di bangku sekolah demi membentuk masa depan mereka yang lebih baik,” katanya. seharian,”

 ?? ?? Abdullah tidak kekok dengan hanya sebelah tangan menghias kelasnya di SK To’ Uban, Pasir Mas.
Abdullah tidak kekok dengan hanya sebelah tangan menghias kelasnya di SK To’ Uban, Pasir Mas.
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Zawati bersama suami, Mohammed Zainuddin Derhaman dan anak, Mohammad Abdul Hanan ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Cheko, Kota Bharu.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Zawati bersama suami, Mohammed Zainuddin Derhaman dan anak, Mohammad Abdul Hanan ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Cheko, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia