Berita Harian

BERSIH syor debat calon PM sebelum PRU-15

-

yakin dua juta pelancong yang disasarkan MOTAC tahun ini akan dapat dicapai.

“Beberapa tarikan baharu kita akan perkenalka­n antaranya mempromosi­kan tekstil dalam kalangan pelancong Arab,” katanya.

Selain itu katanya, MOTAC juga akan terus mempromosi­kan pelanconga­n alam semula jadi sebagai daya tarikan.

“Sebab itu, pada majlis ramah mesra Aidilfitri ini 10 duta asing dijemput menghadiri­nya pada majlis di Kraftangan Malaysia ini kerana ia akan memberi peluang kepada mereka melihat hasil kraftangan terutama produk tekstil,” katanya.

Kuala Lumpur: BERSIH mencadangk­an debat di antara calon Perdana Menteri, untuk menjelaska­n manifesto parti, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata, debat terbuka, profesiona­l dan matang antara ciriciri demokrasi yang harus digalakkan.

Katanya, rakyat dan pengundi dapat dimaklumka­n mengenai ideologi, pendirian atau penyelesai­an daripada ahli politik berkenaan mengenai isu atau dasar tertentu.

“Hal ini dapat menjadikan rakyat lebih prihatin untuk membabitka­n diri dalam politik serta nembuat keputusan bermakluma­t berkenaan dengan isu atau dasar, berkaitan masa depan negara.

“Perkara ini sangat penting, khususnya pada tempoh pilihan raya,” katanya semalam.

BERSIH berkata, debat terbuka mempromosi amalan politik matang, di samping menjadi langkah positif membudayak­an persaingan politik yang lebih sihat dan berkualiti.

Nancy melayani tetamu pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran MOTAC di Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, di Kuching, semalam.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia