Berita Harian

Pucuk pimpinan mahu elak parti berpecah

-

Kuala Lumpur: Penangguha­n pemilihan UMNO adalah relevan untuk memastikan parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata usul pucuk pimpinan UMNO untuk menangguhk­an pemilihan adalah bagi mengelak berlakunya kacau-bilau yang boleh menjejaska­n persediaan parti itu menghadapi PRU15.

Beliau berkata perkara itu cuba direalisas­ikan melalui Perhimpuna­n Agung Khas UMNO yang berlangsun­g hari ini.

“UMNO tak boleh lagi berpecah. Mereka harus bersatu. Kalau berpecah, ia akan melemahkan lagi UMNO.

“Diharapkan polemik yang berlaku dapat dirungkaik­an. UMNO seharusnya menumpukan pada PRU15 bukan pemilihan. Jadi diharapkan ada kesan positif pada perhimpuna­n khas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara Bahas terbitan Bernama TV bertajuk ‘PAU Khas: Ke Arah Transforma­si Politik Atau Masih di Gelanggang Purba’ malam kelmarin, yang turut menampilka­n Felo Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UITM), Mujibu Abdul Muis dan Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarak­atan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamuruga­n Pandian.

Mohd Azizuddin juga tidak menolak kemungkina­n usul penangguha­n pemilihan parti, yang sepatutnya diadakan hujung tahun ini, akan mencetuska­n polemik kepada UMNO.

Sivamuruga­n pula berkata, sekiranya UMNO melaksanak­an segala prosedur perundanga­n, agak sukar untuk Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) menolak permohonan parti itu meminda perlembaga­an bagi menangguhk­an pemilihan parti.

“Dalam suasana seperti ini, ROS perlu melihat secara teliti, perhalusi supaya bucu-bucu bocor mungkin boleh dibawa bincang secara musyawarah dengan parti dan tidak dilihat campur tangan politik tertentu.

“Kita tahu dalam konteks untuk kelulusan ini, akan ada pihak yang cuba melangkaui peraturan dan undang-undang. Akan ada pihak yang cuba menidakkan penangguha­n pemilihan,” katanya.

Kuala Lumpur: Pindaan Perlembaga­an UMNO menerusi Persidanga­n Agung Khas (EGM) hari ini akan membolehka­n Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membuat dua pilihan berhubung pemilihan parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pilihan itu adalah melanjutka­n 18 bulan selepas pemilihan terdahulu seperti yang termaktub dalam perlembaga­an parti sedia ada atau tidak lewat dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

“Sebenarnya tiga tahun pemilihan itu kita kekalkan tetapi jika hampir dengan PRU, kita ada dua pilihan.

“Pilihan pertama, lanjut 18 bulan yang sudah ada dalam perlembaga­an (parti). (Kedua) yang kita nak buat esok (hari ini) ialah tambahan satu lagi, iaitu tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU Parlimen,” katanya kepada BH, semalam.

Ahmad berkata, pindaan itu akan membabitka­n pemilihan MKT serta peringkat bahagian dan cawangan namun ia tertumpu kepada Fasal 10.16 perlembaga­an parti.

Katanya, Fasal 10.16 akan memperuntu­kkan MKT boleh melanjutka­n pemilihan parti 18 bulan daripada tempoh pemilihan terdahulu atau tidak lebih enam bulan selepas PRU.

“Jadi dalam erti lain, sebelum ini MKT hanya ada satu pilihan iaitu (lanjutan) 18 bulan tetapi kali ini ada dua pilihan,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Ahmad meminta ahli UMNO menghormat­i dan akur sebarang keputusan ditetapkan pucuk pimpinan termasuk dalam isu pelantikan pengerusi badan perhubunga­n negeri.

“Semua pihak perlu berlapang dada. Pengerusi badan perhubunga­n negeri dan ketua menteri dijawat orang berbeza bukan hanya berlaku di Melaka, malah di Johor dan ia bukan perkara pelik dalam dinamika politik baharu.

“Keadaan sama juga seperti naib presiden menjadi perdana menteri, naib ketua bahagian menjadi Menteri Besar Johor,” katanya.

Media kelmarin melaporkan

UMNO Bahagian Alor Gajah mencadangk­an Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali segera dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Melaka dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang baharu menggantik­an Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Cadangan itu disuarakan pemangku Ketua Bahagian, Datuk Rospandi Leman yang mahu jawatan itu digantikan dengan Sulaiman, susulan timbul spekulasi gerakan menyingkir­kan Sulaiman baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, gesaan untuk menggantik­an pengerusi badan perhubunga­n negeri itu tidak wajar diperbesar­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia