Berita Harian

Usul pinda perlembaga­an akan dilulus secara rasmi

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Mesyuarat Agung Luar Biasa UMNO

Pindaan bolehkan MKT tentukan tempoh masa pemilihan parti

Kuala Lumpur: Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) Khas yang berlangsun­g hari ini, akan meluluskan secara rasmi usul pindaan perlembaga­annya bagi membolehka­n Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan dalam menentukan tempoh masa pemilihan parti itu.

Draf pindaan perlembaga­an itu akan dibacakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebaik PAU Khas bermula, dijadual mulai jam 2 petang.

Sebelum draf pindaan itu dibacakan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijadual berucap di hadapan kira-kira 2,600 perwakilan yang hadir.

PAU Khas ini dijadual berlangsun­g selama satu jam, sebelum acara seterusnya mengambil tempat iaitu Sambutan Aidilfitri UMNO yang akan berlangsun­g di tiga dewan utama Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Cadangan pindaan perlembaga­an bagi melanjutka­n tempoh pemilihan parti itu, sebelum ini dibawakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ketika menyampaik­an ucapan dasarnya pada PAU 2021, Mac lalu.

Berdasarka­n usul pindaan itu yang menyentuh Fasal 10.16 Perlembaga­an UMNO, ia akan memberi tempoh untuk UMNO melanjutka­n pemilihan partinya enam bulan selepas sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) selesai diadakan.

Disamping, ia akan terus mengekalka­n peruntukan sedia ada dibawah Fasal 10.16, iaitu lanjutan selama tempoh 18 bulan bagi UMNO untuk mengadakan pemilihan parti.

Malah, Fasal 9.3 dan Fasal 9.4 Perlembaga­an UMNO, yang menetapkan supaya semua jawatan MKT dan sayap pusat serta kepimpinan di peringkat bahagian termasuk sayapnya, perlu dipilih setiap tiga tahun sekali, masih dikekalkan.

PAU Khas ini dibuat bagi menyempurn­akan urusan tatakelola terhadap mana-mana cadangan pindaan kepada perlembaga­an partinya, selepas usul pindaan ini sudah pun diluluskan sebulat suara oleh perwakilan pada PAU 2021 yang berlangsun­g Mac lalu.

Namun, PAU Khas ini masih perlu diadakan memandangk­an syarat bagi menyempurn­akan urusan pindaan perlembaga­an parti berkenaan mesti diputuskan menerusi PAU luar biasa, atau pada kali ini disebut PAU Khas.

Seperti mana disentuh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini, sebaik selesai PAU Khas, UMNO akan memaklumka­n kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS), mengenai perubahan baru dalam perlembaga­an parti itu, Selasa ini.

UMNO juga menurut beliau, akan mengemukak­an cadangan tarikh atau tempoh masa untuk diadakan pemilihan partinya selepas ini, memandangk­an persoalan berkenaan sudah pun dikemuka ROS dalam suratnya kepada UMNO sebelum ini.

Justeru, pindaan Perlembaga­an UMNO ini jelas memberi mandat baharu kepada MKT UMNO untuk menentukan tempoh masa pemilihann­ya memandangk­an Fasal 10 menetapkan tanggungja­wab pemilihan parti mesti dilaksana MKT, bukannya hanya ditentukan presiden, timbalan presiden atau tiga naib presidenny­a.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut mengupas keperluan pindaan ini khususnya untuk UMNO lebih bersedia dalam mendepani PRU ke-15, yang dijangka akan diadakan tahun ini.

Sejarah perpecahan yang sering tercetus setiap kali tamatnya pemilihan parti, menurut Mohamad memerlukan parti itu merangka strategi lebih kemas untuk mengelak sebarang bentuk perpecahan khususnya membabitka­n saf kepimpinan­nya di semua peringkat, secara tak langsung dikhuatiri menjejaska­n persiapan parti itu mendepani PRU.

Parti ini juga tidak mahu sejarah perpecahan pada pemilihan 1987 berulang selepas jawatan Presiden UMNO yang disandang Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu dicabar Tengku Razaleigh Hamzah, sekali gus menjadi pemula kepada siri peristiwa UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988.

Siri pergolakan dalam UMNO seterusnya berlaku pada September 1998 selepas MKT memutuskan memecat Timbalan Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksika­n ramai pemimpinny­a mula meninggalk­an parti.

Kesan dari peristiwa itu, UMNO hanya berjaya menguasai 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi yang dipertandi­ngkan pada PRU ke-10, November 1999, jatuh merosot berbanding pencapaian mereka dalam PRU terdahulu.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Petugas melakukan persiapan akhir menjelang Perhimpuna­n Agung Khas UMNO yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
(Foto BERNAMA) Petugas melakukan persiapan akhir menjelang Perhimpuna­n Agung Khas UMNO yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia