Berita Harian

TADIKA, TASKA ada HFMD wajar ditutup elak penularan

- Zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penutupan sementara TADIKA dan pusat asuhan kanak-kanak (TASKA) yang didapati merekodkan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) adalah wajar sebagai salah satu cara untuk memutuskan rangkaian jangkitan.

Pensyarah Kesihatan Awam, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rafdzah Ahmad Zaki, berkata jangka masa penutupan yang disarankan adalah sepuluh hari dari tempoh gejala bermula.

Katanya, ini membolehka­n pihak pengurusan TADIKA atau TASKA membersihk­an kawasan, perkakasan dan permainan di premis berkenaan.

“Peningkata­n kes yang mendadak kerana ketika pandemik COVID-19, sekolah atau tadika ditutup dalam tempoh yang panjang.

“Tiada interaksi antara kanak-kanak dan tiada jangkitan dalam kalangan mereka yang menyebabka­n imuniti terhadap jangkitan virus HMFD adalah rendah.

“Jadi apabila sekolah dan tadika dibuka semula, kanak-kanak ini tiada imuniti dan mempunyai risiko yang lebih tinggi terdedah kepada jangkitan virus berkenaan,” katanya kepada BH semalam.

Dr Rafdzah juga berkata trend peningkata­n kes HMFD juga dapat dilihat di negara lain seperti Eropah, Jepun dan China.

Justeru, katanya, cara terbaik untuk mengekang jangkitan ialah dengan menjaga kebersihan.

“HMFD berjangkit secara sentuhan dengan objek atau permukaan yang tercemar dengan virus.

“Jadi ibu bapa dan pengendali TASKA perlu memastikan kanak-kanak kerap membasuh tangan, peralatan dan permainan. Selain itu permukaan di tadika atau sekolah juga perlu kerap dibersihka­n.

“Ibu bapa dan pengendali TASKA juga perlu peka dengan gelaja HMFDDAN memastikan kanak-kanak adalah sihat atau tiada gejala sebelum dihantar,” katanya.

Oleh Zanariah Abd Mutalib

Kuala Lumpur:

 ?? ?? Dr Rafdzah Ahmad Zaki
Dr Rafdzah Ahmad Zaki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia