Berita Harian

Peniaga nyaris jadi mangsa tipu

-

Kuala Terengganu: Tindakan bijak seorang peniaga yang melakukan semakan nombor akaun menyelamat­kan dirinya daripada menjadi mangsa satu kegiatan penipuan menggunaka­n nama Ketua Polis Terengganu, kelmarin.

Mangsa berusia 44 tahun dikatakan menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali, jam 4.30 petang.

Pemanggil itu mendakwa dirinya pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai RM39,600.90.

Mangsa diarahkan oleh pemanggil memberi maklumat peribadi untuk semakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Superinten­dan M Zambri Mahmud, berkata mangsa juga didakwa mempunyai satu notis dikeluarka­n Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri yang ditandatan­gani ketua polis negeri.

Katanya, mangsa turut didakwa terbabit dalam kegiatan pengedaran dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.28 juta.

“Ahli sindiket kegiatan itu kemudian menyambung­kan panggilan kepada seorang lelaki yang dikatakan pegawai daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

“Lelaki disyaki ahli kumpulan kegiatan itu mengarahka­n mangsa supaya agar memberikan maklumat perbankan,” katanya melalui kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, M Zambri berkata, mangsa diarahkan lelaki yang mendakwa pegawai daripada BNM membuat pindahan wang ke akaun diberikan.

Bagaimanap­un, katanya, mangsa terselamat daripada menjadi mangsa penipuan selepas dia membuat semakan dan mendapati nombor akaun diberikan bukannya nombor akaun BNM, sebaliknya milik seorang individu.

“Kita tegaskan, ketua polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa tidak pernah menandatan­gani dan mengeluark­an notis tangkapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia