Berita Harian

Pengarah, pegawai Goldman Sachs capai penyelesai­an AS$79.5J

-

Kes 1MDB

Penyelesai­an awal tuntutan derivatif pemegang saham difailkan di Manhattan

New York: Pengarah dan pegawai Goldman Sachs Group Inc mencapai penyelesai­an bernilai AS$79.5 juta (RM349.64 juta) kepada tuntutan pemegang saham yang mendakwa kelemahan pengawasan mereka menyumbang kejadian bank itu terjerat dalam skandal dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Penyelesai­an awal bagi tuntutan derivatif oleh pemegang saham itu difailkan di Mahkamah Persekutua­n Manhattan, kelmarin, dan memerlukan kelulusan oleh Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Vernon Broderick.

Penginsura­ns defendan bakal membayar AS$79.5 juta itu kepada Goldman, yang akan menggunaka­nnya ke arah langkah tadbir urus dan pematuhan.

Pendakwa Raya AS berkata, Goldman membantu 1MDB mengatur penjualan bon AS$6.5 bilion (RM28.59 bilion), namun AS$4.5 bilion (RM19.79 bilion) dilencongk­an melalui rasuah dan sogokan kepada pegawai kerajaan serta bank dan lain-lain lagi.

Pihak pemegang saham yang diketuai Sistem Persaraan Pekerja Wilayah Fulton berpangkal­an di Atlanta, menuntut Ketua Eksekutif Goldman, David Solomon, dan penyandang sebelum itu, Lloyd Blankfein, serta yang lain bertanggun­gjawab dalam ‘pengabaian secara sedar terhadap kewajipan pengawasan’ apabila bank terbabit gagal menyedari amaran mengenai penipuan berkenaan.

Tiada defendan yang mengaku terbabit salah laku atau liabiliti dalam persetujua­n untuk penyelesai­an, manakala jurucakap Goldman, Maeve Duvally, enggan mengulas.

Sebelum ini, bank itu bersetuju untuk membayar berbilion-bilion dolar kepada pihak berkuasa di AS dan negara lain berhubung kes 1MDB.

Pada 2020, bank itu bersetuju menandatan­gani perjanjian pendakwaan tertunda dengan Jabatan Kehakiman AS.

Pada 8 April lalu, bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng, disabitkan di Brooklyn, New York, atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung peranannya dalam skandal itu.

Diketuai oleh firma Saxena White, peguam pemegang saham memaklumka­n, bayaran penyelesai­an itu adalah penyelesai­an derivatif pemegang saham yang kedua terbesar dalam lingkungan Mahkamah Persekutua­n, termasuk di New York.

Peguam bercadang mendapatka­n bayaran yuran hingga 25 peratus daripada nilai penyelesai­an atau kira-kira AS$19.9 juta (RM87.52 juta) yang akan dibayar oleh Goldman. REUTERS

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluark­an edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2022 Miladiah/1443-1444h Bagi Malaysia yang boleh didapati di laman web https://www.e-solat. gov.my/.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM, Zakaria Othman dalam kenyataan semalam berkata takwim itu dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang diisytihar­kan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarka­n sebelum ini.

Beliau berkata, perubahan itu hanya membabitka­n bulan Mei 2022/Syawal 1443H.

“Semoga takwim itu dapat membantu melancarka­n lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini,” katanya.

BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia