Berita Harian

Remaja maut, 3 parah nahas

-

Gua Musang: Seorang remaja lelaki maut, manakala tiga yang lain parah dalam kemalangan membabitka­n motosikal dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 27, Jalan Gua Musang-jeli di sini, semalam.

Dalam nahas jam 9.10 pagi itu, Mohamad Aikar Abdull Rahim, 14, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala tiga pembonceng iaitu dua adiknya, Siti Nur Maisarah, 9, dan Mohamad Arif, 5, dan seorang sepupunya, Nur Izzati Ariffin, 11, parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku apabila

Keadaan nahas motosikal dengan kereta di KM27, Jalan Gua Musangjeli, semalam.

mangsa yang menunggang motosikal secara tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ untuk ke Pusat Internet Komuniti di sebelah kanan jalan.

Pada masa sama, katanya, sebuah yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dari arah Meranto menghala ke Gua Musang dan apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang oleh mangsa berhenti di tepi jalan di garisan putih.

“Ketika pemandu kereta mahu bergerak lurus, secara tiba-tiba mangsa dikatakan bergerak dan membuat pusingan ‘U’ untuk masuk ke Pusat Internet Komuniti Kampung Kala Star.

“Pemandu kereta cuba berhenti dan mengelak ke kanan, namun akibat jarak terlalu dekat, kenderaan itu terlanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ketiga-tiga pembonceng yang parah dikejarkan ke Hospital Gua Musang dan Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Hasil saringan awal air kencing pemandu kereta negatif daripada sebarang penggunaan dadah dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ?? (Foto Ihsan Polis) ??
(Foto Ihsan Polis)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia