Berita Harian

Kejar pemandu lori terbabit nahas maut 40km

- Oleh Rosli Ilham

Pemuda lintangkan kereta hentikan kenderaan, suspek diserah kepada polis bhnews@bh.com.my

Dungun: Seorang pemandu lori yang terbabit kemalangan maut dengan penunggang motosikal di Kilometer 335.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Paka, tengah malam kelmarin, ditahan selepas cuba melarikan diri.

Pemandu lori berusia 42 tahun yang dipercayai bawah pengaruh alkohol itu ditahan seorang pemuda, Mohd Kamaruzzam­an Mohd Kamarul Ariffin yang nekad mengejar pemandu lori itu hampir 40 kilometer (km) dari tempat kejadian.

Dalam nahas kira-kira jam 12.10 tengah malam itu, penunggang motosikal, Muhammad Haziq Abdul Halim, 20, maut selepas melanggar bahagian belakang lori terbabit.

Mangsa yang parah pada kepala, muka, patah kedua-dua tangan dan kaki kiri disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Kamaruzzam­an, 35, seorang pemandu trak tunda yang tinggal di Kuantan berkata, sebelum kejadian dia yang memandu kereta bersama isterinya dalam perjalanan ke Kota Baharu.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia terserempa­k dengan kemalangan sebelum memberhent­ikan kenderaann­ya.

“Saya dapati seorang pemuda (mangsa) meninggal dunia dan ketika itu saya dapati lori itu dimatikan enjin dan pemandunya sedang lena tidur.

“Saya sangat pelik kenapa pemandu lori itu tidur di tengah lebuh raya dalam keadaan enjin lori dimatikan dan lampu hadapan serta belakang kenderaann­ya tidak dipasang,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Bukit Besi.

“Ketika rakan mangsa mengejutka­n pemandu lori itu, pemandu terbabit menghidupk­an kenderaann­ya sebelum memecut untuk melarikan diri.

“Dalam keadaan kelam-kabut, saya meminta rakan mangsa menghubung­i polis dan sebaik saya menutup mayat mangsa, saya memecut kereta dan mengejar lori itu,” katanya.

Katanya, lori itu dipandu sangat laju dan dia mengejar serta beberapa kali memotong lori berkenaan sambil menjerit meminta pemandu terbabit memberhent­ikan kenderaann­ya.

“Sepanjang 40km mengejarny­a, pemandu lori itu beberapa kali cuba menghimpit dan

Mohd Kamaruzzam­an melanggar kereta saya.

“Saya melintangk­an kereta dan sanggup berdepan risiko sekiranya lori itu merempuh kereta saya,” katanya.

Mohd Kamaruzzam­an berkata, pemandu lori terbabit akhirnya memberhent­ikan lorinya dan dia mengiringi lori itu sehingga ke Plaza Tol Bukit

Besi.

“Saya kemudian menghubung­i pihak polis dan sebaik anggota polis trafik tiba, saya serahkan lelaki itu kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah, berkata mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Katanya, ketika kejadian pemandu lori terbabit dalam perjalanan menghantar barangan sejuk beku dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

“Pemandu terbabit kemudian ditahan dan hasil ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Kita turut mengambil sampel darah pemandu terbabit dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan APJ 1987,” katanya.

 ?? (Foto Rosli Ilham/bh) ?? Polis memeriksa mayat mangsa nahas motosikal di Kilometer 335.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Hentian Rawat Dan Rehat (R@R) Paka, tengah malam, kelmarin.
(Foto Rosli Ilham/bh) Polis memeriksa mayat mangsa nahas motosikal di Kilometer 335.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Hentian Rawat Dan Rehat (R@R) Paka, tengah malam, kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia