Berita Harian

Ambil pekerja asing sektor perladanga­n perlu disegeraka­n

- Oleh Togi Marzuki

Kekurangan buruh ladang sawit rugikan pelbagai pihak bhnews@bh.com.my

Pontian: Pengambila­n pekerja asing perlu dipercepat­kan dalam usaha mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladanga­n, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Sri Wee Jeck Seng.

Katanya, kekurangan pekerja dalam sektor itu kini, khususnya ladang sawit merugikan pelbagai pihak, termasuk pekebun kecil.

“Seperti kita tahu, 23 hingga 28 peratus pekebun kecil menyumbang hasil pengeluara­n sawit kepada negara. Tidak dinafikan kekurangan pekerja semakin meruncing dalam pelbagai bidang berkaitan, termasuk memetik buah sawit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Jelajah Agrikomodi­ti # Keluarga Malaysia di Pekan Nanas yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Penyelidik­an Pembanguna­n Pekebun Kecil, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Zaki Aman, di sini semalam.

Pada majlis itu, 20 pekebun kecil menerima Pensijilan Minyak

Jeck Seng (dua dari kanan) bersama penerima bantuan pada Majlis Jelajah Agrikomodi­ti # Keluarga Malaysia di Pekan Nanas, Pontian, semalam.

Mampan (MSPO) dan lima yang lain menerima Skim Bantuan Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITE).

Jeck Seng yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai berharap proses pengambila­n tenaga kerja asing seperti dari Indonesia dan Bangladesh akan dapat diatasi dalam masa terdekat.

“Sehingga 31 Mac lalu, jumlah keluasan kebun diusahakan pekebun kecil persendiri­an di Johor adalah 159,487 hektar. Daripada jumlah itu, 44,824 pekebun kecil mengusahak­an keluasan 118,092 hektar sudah memperoleh MSPO bersamaan 74 peratus daripada keluasan kawasan tanaman sawit,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) menjalanka­n aktiviti utama berkelompo­k buah tandan segar (BTS) melalui 65 pusat timbang di seluruh negara dengan jumlah jualan mencecah 82,612.37 tan dan purata bagi satu pusat timbang adalah 400 tan.

“Kementeria­n melalui MPOB menyediaka­n bantuan seperti ITE, Skim Pembayaran Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS), Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) serta Program Tanaman Kontan B40 Pekebun Kecil Sawit (TKB40),” katanya.

 ?? (Foto Togi Matzuki/bh) ??
(Foto Togi Matzuki/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia