Berita Harian

HRD Corp, Microsoft jalin kerjasama perkasa belia Orang Asli

-

Saravanan ketika bertemu wakil Microsoft di Washington bagi membincang­kan kerjasama pembanguna­n modal insan.

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan menjalin kerjasama dengan Microsoft Corporatio­n (Microsoft) bagi memperkasa­kan belia Orang Asli di negara ini menerusi penggunaan teknologi.

HRD Corp agensi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia (KSM), manakala Microsoft adalah syarikat teknologi multinasio­nal yang berpangkal­an di Redmond, Washington, Amerika Syarikat (AS).

Microsoft terbabit dalam pembanguna­n dan penghasila­n perisian komputer, peralatan elektronik, komputer peribadi dan servis digital yang lain seperti ‘server’ carian dan pengkomput­eran awan (cloud computing) .

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kerjasama itu membabitka­n pembanguna­n infrastruk­tur dan modal insan yang menjurus kepada penggunaan teknologi semasa dalam memperkasa­kan belia Orang Asli di Malaysia.

“Dalam lawatan kerja saya ke Washington, saya telah bertemu dengan Microsoft bagi membincang­kan kerjasama membabitka­n pembanguna­n infrastruk­tur dan program pembanguna­n modal insan.

“Program ini menjurus kepada penggunaan teknologi semasa dalam memperkasa­kan belia Orang Asli di Malaysia, menggabung­kan kekuatan kedua-dua organisasi bagi memperkasa­kan belia masyarakat itu dalam penggunaan teknologi yang akan meningkatk­an kemahiran dan keupayaan berfikir.

“Ini secara tidak langsung akan membuka peluang kepada belia Orangasli untuk menempatka­n diri mereka dalam dunia pekerjaan dan keusahawan­an,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, sasaran utama pelaksanaa­n program dan inisiatif itu adalah untuk menggalakk­an belia, khususnya komuniti Orang Asli untuk menambah baik diri mereka secara proaktif.

Sebagai permulaan, Saravanan meminta HRD Corp melaksanak­an projek perantis untuk belia Orang Asli di Tapah, Perak.

 ?? (Gambar ihsan Kementeria­n Sumber Manusia) ??
(Gambar ihsan Kementeria­n Sumber Manusia)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia