Berita Harian

Usah terburu-buru tanam ketum skala besar

-

Padang Terap: Penduduk luar bandar di Kedah khususnya di Padang Terap tidak perlu terburubur­u menanam ketum dalam skala besar walaupun ada cadangan untuk mengekspor­t tanaman itu ke luar negara bagi tujuan perubatan.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sebaliknya penduduk dinasihat menunggu keputusan Kerajaan Persekutua­n terlebih dahulu supaya perkara itu dapat dilakukan mengikut lunas undangunda­ng.

“Kita boleh positif dan progresif untuk tanam ketum, tetapi biarlah kita tunggu keputusan kerajaan dahulu.

“Sekiranya kerajaan sudah membuat keputusan membenarka­n eksport ketum, barulah penduduk boleh menanamnya mengikut lunas undang-undang ditetapkan,” katanya pada Majlis Aidilfitri Parlimen Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan berita mengenai penanaman ketum yang didakwa berleluasa dan terdapat pembukaan ladang ketum baharu di negeri ini khususnya di Padang Terap.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, tanaman ketum di daerah ini tidak berleluasa, sebaliknya ia hanya diuruskan semula.

“Sebenarnya ketum ini sudah lama ditanam khususnya di Padang Terap dan banyak rumah yang tanam ketum. Namun tidak ada penambahan tanamam ketum ini (di Padang Terap).

“Apabila ada perkhabara­n (cadangan daripada kerajaan negeri untuk eksport ketum ke luar negara) walaupun belum tentu lagi keputusan Kerajaan Persekutua­n, mereka anggap ini sebagai tanda positif.

“Jadi mereka betulkan balik ladang-ladang itu yang sebelum ini tidak terurus, sebab itu ia nampak seperti ada penambahan,” katanya.

Ditanya sama ada tanaman ketum ini akan menjejaska­n kawasan sawah padi, beliau berkata ia berkemungk­inan tidak akan sampai ke tahap itu kerana ketum tidak akan terus bertahan pada harga tinggi sekiranya dibenarkan untuk dieksport kelak.

“Kita tidak tahu bagaimana keputusan kerajaan nanti...kalau kerajaan benarkan ketum dieksport, saya tak fikir ia akan bertahan dengan harga itu.

“Sebab ia akan jadi besar (penanaman) dan ramai tanam ketum, pasaran pun tidak tentu akan terus tinggi,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan jumlah keluasan tanaman ketum di seluruh Kedah dianggarka­n kira-kira 140 hektar membabitka­n 84,577 batang pokok.

Daerah Padang Terap merekodkan kawasan paling luas iaitu 94.36 hektar hektar, diikuti Pendang (30.5 hektar), Sik (7.2 hektar) dan Baling (3.7 hektar).

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia