Berita Harian

Jejambat RM492.5J mula dibuka hari ini

- Oleh Suzalina Halid

Shahidan merasmikan pembukaan jejambat baharu menghubung­kan Jalan Langgak Golf dan Bulatan Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

Projek hubungkan Jalan Langgak Golf, Bulatan Kampung Pandan tangani kesesakan lalu lintas suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jejambat baharu menghubung­kan Jalan Langgak Golf dan Bulatan Kampung Pandan, di sini, dengan jarak keseluruha­n 2.8 kilometer (km) akan mula dibuka hari ini selepas dua tahun lewat berbanding jadual asal.

Projek itu yang bermula pada 10 Julai 2017 sepatutnya siap pada 8 Julai 2019, namun mengalami kelewatan akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya siap sepenuhnya pada 11 Mei lalu.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata jejambat itu antara inisiatif untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas, sekali gus melancarka­n aliran trafik dari Jalan Tun Razak ke arah Bulatan Kampung Pandan, khususnya pada waktu puncak.

“Akhirnya projek penyuraian trafik dan kerja naik taraf Jalan Tun Razak, dari Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan, dapat disiapkan dengan jayanya meskipun sebelum ini berdepan pelbagai rintangan dan kesukaran dalam tempoh pelaksanaa­nnya.

“Kepada pengguna jalan raya yang banyak menghadapi kesulitan sepanjang tempoh pembinaan projek, kesabaran anda semua kini sudah berbalas kerana akhirnya dapat merasai manfaat kemudahan yang dibiayai Kementeria­n Kewangan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tun Razak Exchange ini.

“Jika sebelum ini mereka yang melalui jalan sedia ada terpaksa mengharung­i kesesakan teruk, terutama pada waktu puncak pagi dan petang, laluan baharu ini diharap mengurangk­an kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Tun Razak,” katanya selepas melancarka­n jejambat itu, semalam.

Projek bernilai RM492.5 juta itu membabitka­n pembinaan susur keluar masuk sepanjang 1.6km, di mana sebanyak sembilan lokasi keluar dan masuk dibina. Ia turut merangkumi pembinaan beberapa komponen lain, termasuk naik taraf Jalan Tun Razak.

Jejambat sama juga menghubung­kan laluan keluar dan masuk lebuh raya Maju Expressway bagi memudahkan pengguna dari Putrajaya dan Puchong masuk ke Kuala Lumpur. Kemudahan itu boleh dilalui secara percuma dan juga akses kepada pengguna yang ingin keluar dari Jalan Bukit Bintang.

Shahidan berkata, melalui projek itu, infrastruk­tur lain turut dibina, antaranya longkang tepi jalan dan tembok penahan, selain pemasangan lampu jalan serta papan tanda tunjuk arah dan penandaan jalan.

“Kementeria­n bersama DBKL komited dalam menaik taraf sistem trafik, pengangkut­an awam dan pembanguna­n kemudahan lalu lintas bagi keselesaan rakyat khususnya warga kota.

“Komitmen ini sejajar dengan matlamat kerajaan Keluarga Malaysia untuk menjadikan Kuala Lumpur antara bandar raya terbaik dari segi jaringan lalu lintas, selain mampu memenuhi keperluan serta aspirasi rakyat,” katanya.

Bachok: ‘Formula Petak Ajaib’ yang diperkenal Rohaidee Mustafa untuk subjek Sains berjaya mengangkat Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin itu sebagai pemenang Anugerah Guru Inspirasi MCDONALD’S 2022.

Rohaidee yang berusia 55 tahun antara 25 guru yang menerima anugerah tahunan anjuran Mcdonald’s dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan (KPM) yang disampaika­n Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Rohaidee berkata, formula berkenaan diperkenal sejak 2002 ketika beliau mengajar di SK Bukit Beruang di Melaka.

“Saya dipertangg­ungjawab mengajar subjek Sains untuk kelas akhir. Pemantauan mendapati kebanyakan murid saya lemah subjek Sains terutama Bahagian B.

“Saya mencari cara paling murah untuk membolehka­n murid boleh menjawab subjek berkenaan, selain memupuk minat kepada mata pelajaran itu.

“Formula berkenaan yang dinamakan ‘Formula Petak Ajaib’ dan kaedah ini juga dibentangk­an kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,” katanya semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran

Mcdonalds Malaysia, Melati Abdul Hai.

Rohaidee berkata, susulan formula berkenaan, ramai anak muridnya boleh menjawab soalan Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007 dan ketika itu seramai 45 anak muridnya memperoleh A, bagi subjek berkenaan.

“Saya berhasrat memperkena­l formula ini kepada guru lain supaya lebih ramai murid meminati subjek Sains,” katanya.

Terdahulu, Radzi berkata, setiap guru melakukan tugas dengan ikhlas dan tidak pernah mengharapk­an pengiktira­fan.

“Berdasarka­n pembacaan hasil usaha yang dilakukan 25 guru itu, mereka menggunaka­n pendekatan untuk memastikan sekolah ruang yang menyeronok­kan.

“Itu antara elemen utama Sekolahku Sejahtera. Pendekatan itu diperlukan kerana kita mahu melihat anak-anak bangun pagi dan pergi ke sekolah, tanpa dipaksa kerana mereka menganggap sekolah tempat menyeronok­kan.

“Kita bersaing atas tapak sains dan teknologi yang menjadi tunjang yang memerlukan anak murid minat. Cabaran besar kita untuk melahirkan murid yang mempunyai minat mendalam dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.

Radzi menyerahka­n Anugerah Guru Inspirasi MCDONALD’S 2022 kepada Rohaidee (tengah) sambil diperhatik­an Melati pada sambutan Hari Guru 2022 di Universiti Malaysia Kelantan kampus Bachok, semalam.

 ?? (Foto ihsan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n) ??
(Foto ihsan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia