Berita Harian

KUTAR tawar lebih 200 program dalam pelbagai bidang

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Pelajar lulusan SPM boleh pilih lanjut pengajian peringkat asasi atau diploma

Kuala Lumpur: Cabaran yang lazimnya dihadapi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah menentukan hala tuju sesuai, untuk melanjutka­n pelajaran ke menara gading.

Bagi merealisas­ikan hasrat itu, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) menawarkan pengajian diploma dan program asasi, untuk lulusan SPM

KUTAR sebenarnya menawarkan lebih daripada 200 program pengajian yang merangkumi banyak bidang.

Antaranya perakaunan, kewangan, perniagaan, ekonomi, kejurutera­an, alam bina seni bina, sains gunaan, teknologi maklumat, komunikasi massa, seni kreatif, sains sosial dan pengurusan hospitalit­i.

Berdasarka­n tawaran itu, pelajar boleh memilih, sama ada mahu melanjutka­n pelajaran dalam program asasi (setahun) atau diploma (dua hingga dua setengah tahun), sebelum menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda selama tiga atau empat tahun.

Walaupun jangka masa pengajian peringkat diploma adalah satu tahun lebih lama berbanding program asasi, pelajar lulusan diploma KUTAR berpeluang memperoleh pemindahan kredit, sekali gus membolehka­n mereka memasuki tahun kedua program ijazah sarjana muda.

Pilihan yang mana lebih sesuai untuk saya?

Bagi Tan Yong Xin dan Low Tiong Liea, keputusan dibuat bersandark­an pilihan yang dianggap lebih sesuai dengan diri masing-masing.

Yong Xin berkata, beliau memilih program asasi kerana masih ada tempoh setahun untuk memilih program sarjana muda yang bersesuaia­n dengan hala tuju.

“Saya juga tidak menyangka kandungan program asasi yang saya pelajari sangat menyeluruh.

“Kemudahan pembelajar­an yang disediakan seperti makmal sains membantu saya melakukan persediaan untuk melanjutka­n pelajaran ke tahap sarjana muda,” katanya yang melanjutka­n pelajaran dalam program Sarjana Muda Kejurutera­an (Kepujian) Elektrik dan Elektronik.

Tiong Liea pula berkata, beliau memilih program diploma dalam bidang elektrik dan elektronik, selepas tamat SPM.

“Program pembelajar­an saya pada tahap diploma membabitka­n banyak praktikal yang membantu saya mengaplika­si pengetahua­n teori.

“Pemindahan kredit ke tahun kedua dalam program sarjana muda di KUTAR membolehka­n saya menamatkan pembelajar­an lebih awal,” katanya yang sedang mengikuti program Sarjana Muda Kejurutera­an (Kepujian) Elektrik dan Elektronik.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.tarc.edu.my atau mendaftar di pautan sama. Pelbagai biasiswa turut disediakan seperti diskaun adik-beradik.

Penuntut program asasi KUTAR

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia