Berita Harian

Finland tidak mahu berlengah sertai NATO

-

Helsinki: Finland tidak mahu berlengah dalam menyatakan hasrat menyertai perikatan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO), dengan Sweden dijangka menyusul dengan tindakan sama.

Perkembang­an itu memberi gambaran bahawa penceroboh­an Russia terhadap Ukraine akan membawa perkembang­an perikatan tentera Barat yang bertujuan menghalang kemaraan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Keputusan kedua-dua negara berkenaan yang mahu meninggalk­an dasar berkecuali sejak Perang Dingin itu akan menjadi perubahan terbesar dalam geopolitik Eropah sejak beberapa dekad lalu.

Difahamkan, krisis tenaga di Eropah susulan tindakan Russia menghentik­an pembekalan gas dan minyak turut menjadi faktor mendorong kedua-dua negara berkenaan memohon menyertai NATO.

Presiden Finland, Sauli Niinisto dan Perdana Menteri, Sanna Marin, menerusi kenyataan bersama memaklumka­n sebagai sekutu NATO serta akan memperkuku­hkan pertahanan di seluruh negara perikatan itu.

Sebuah jawatankua­sa khas akan mengumumka­n keputusan rasmi Finland mengenai permohonan keahlian NATO hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata tindakan Finland adalah ancaman kepada Russia dan perluasan NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan menjadikan Eropah atau dunia lebih stabil.

Jelasnya, Moscow berkemungk­inan terpaksa mengambil langkah timbal balik dan teknikal ketenteraa­n bagi menangani sebarang ancaman. AFP

Gambar fail Sauli Niinisto bercakap pada sidang media ketika sidang kemuncak NATO di Helsinki, Finland. Penceroboh­an Russia di Ukraine dorong Finland menyertai NATO.

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia