Berita Harian

Korea Utara catat 21 lagi kematian akibat ‘demam’

-

Penularan COVID-19

Pyongyang tiada program vaksinasi, rekod 174,440 kes baharu

Seoul: Korea Utara merekodkan 21 lagi kematian akibat ‘demam’, dua hari selepas Pyongyang mengumumka­n kes pertama COVID-19 dan menguatkua­sakan perintah berkurung di seluruh negara itu.

Media negara itu melaporkan, 174,440 kes baharu ‘demam’ dikesan kelmarin dengan 21 mangsa maut setakat ini.

“Jumaat lalu sejumlah 174,440 kes baharu demam dilaporkan di seluruh negara, manakala 81,430 mangsa pulih dan 21 meninggal dunia,” lapor KCNA.

Laporan itu tidak memperinci­kan sama ada mangsa terbabit positif COVID-19 atau tidak, namun pakar mendakwa Korea Utara kekurangan kapasiti untuk melaksanak­an ujian saringan secara besar-besaran.

“Jumlah mereka yang jatuh sakit di seluruh negara ialah 524,440 orang, dengan 234,630 sudah pulih sepenuhnya, 288,810 sedang dirawat dan 27 meninggal dunia setakat ini,” menurut laporan itu.

KCNA turut melaporkan, Korea Utara mengadakan mesyuarat kedua Politburo minggu ini, dengan diselia pemimpin, Kim Jong-un, yang menekankan bahawa wabak itu mencetuska­n ‘pergolakan besar’ di Korea Utara.

Korea Utara sudah mengaktifk­an ‘sistem kuarantin kecemasan maksimum’ bagi mengekang penularan virus dalam kalangan pendudukny­a yang

Orang ramai beratur untuk melakukan ujian saringan di kawasan yang dikenakan perintah berkurung di Shanghai, China. Korea Utara dilaporkan mengikut model pencegahan virus dilaksanak­an China dengan melaksanak­an perintah berkurung seluruh negara.

tidak menerima vaksin, malah ia adalah satu-satunya negara yang langsung tidak mempunyai program vaksinasi.

Khamis lalu, Korea Utara mengesahka­n pesakit yang demam di Pyongyang dikesan positif jangkitan varian Omicron, termasuk seorang meninggal dunia.

Ia adalah pengesahan rasmi yang pertama kes COVID-19 di Korea Utara yang melaksanak­an sekatan sejak awal pandemik sehingga memberi kesan besar terhadap ekonominya.

Menurut laporan media negara itu, kematian berkenaan disebabkan ‘kecuaian termasuk dos ubat yang berlebihan, akibat kekurangan ilmu pengetahua­n mengenai kaedah rawatan saintifik’.

“Mesyuarat pemimpin tertinggi negara membincang­kan pengedaran ubat-ubatan kecemasan dengan segera dan memperkena­lkan cara rawatan saintifik serta kaedah rawatan untuk pesakit berlainan, termasuk yang mengalami keadaan khusus,” lapor KCNA.

Laporan berkenaan turut memetik Jong-un berkata, beliau percaya negaranya mampu mengatasi penyakit berjangkit itu dalam tempoh sesingkat mungkin.

Dengan penguatkua­saan perintah berkurung di seluruh negara, Jong-un menegaskan negara itu akan mengikut model pencegahan virus yang dilaksanak­an oleh China.

“Kita akan mengambil pengajaran daripada pengalaman dan pencapaian Parti Komunis China serta rakyatnya dalam usaha mencegah penularan virus,” katanya.

Menurut pakar, Korea Utara memiliki sistem kesihatan yang lemah - disifatkan antara terburuk di dunia - selain kekurangan ubatubatan dan peralatan penting.

Sebelum ini, Korea Utara dilaporkan menolak tawaran bekalan vaksin COVID-19 daripada China dan skim COVAX bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). AFP

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia