Berita Harian

27 rentung bangunan terbakar di New Delhi

-

New Delhi: Sekurang-kurang 27 maut dan puluhan lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan di New Delhi, kelmarin.

Kebakaran tercetus di bangunan komersial setinggi empat tingkat di Delhi Barat pada tengah hari, namun punca kejadian belum dikenal pasti setakat ini.

“Sebanyak 27 mayat rentung ditemukan dalam bangunan itu, manakala puluhan lagi mangsa yang cedera sedang menerima rawatan,” kata Satpal Bharadwaj yang mengetuai operasi Perkhidmat­an Bomba Delhi.

Bharadwaj memaklumka­n, terdapat kira-kira 70 orang berada dalam bangunan itu ketika kejadian.

“Tiada pintu keluar kecemasan dan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas,” katanya sambil menjelaska­n lebih banyak maklumat akan diketahui selepas bedah siasat.

Tambah Bharadwaj, punca kejadian masih dalam siasatan, manakala bangunan itu digunakan sebagai ‘pejabat dan stor untuk bahan pembungkus­an kertas’.

Terdahulu, Timbalan Ketua Bomba, Sunil Choudhary, memberitah­u AFP bahawa lebih 25 orang cedera dalam tragedi itu, malah beberapa mangsa terjun dari bangunan yang dijilat api.

Sementara itu, stesen penyiaran NDTV melaporkan lebih 40 mangsa melecur dan dimasukkan ke hospital.

NDTV memetik pegawai polis, Sameer Sharma, sebagai berkata, bangunan itu menempatka­n pejabat kamera keselamata­n dan syarikat pembuatan ‘router’.

Dalam pada itu, beberapa pegawai pula menjangkak­an angka korban kes kebakaran berkenaan akan meningkat kerana tidak diketahui sama ada terdapat pelanggan ketika kebakaran berlaku.

Lebih 30 jentera bomba dilihat berada di kawasan kejadian bersama sejumlah ambulans. AFP

Orang ramai melihat kesan kebakaran bangunan komersial empat tingkat di New Delhi, kelmarin.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia