Berita Harian

Kuala Nerus bandar lestari, penuh daya tarikan

Daerah pertama sambut kehadiran tetamu ke Terengganu

-

Oleh Mohd Izham Mohd A Wahid

Kuala Nerus, daerah kelapan di Terengganu berkeluasa­n hampir 40,000 hektar dengan populasi penduduk kira-kira 157,900 orang mempunyai pelbagai tarikan tersendiri.

Sebelum diisytihar­kan sebagai daerah Kuala Nerus lagi, kawasan ini dinamakan sebagai Kuala Terengganu Utara dalam beberapa urusan pentadbira­n kerajaan.

Berdasarka­n Rancangan Kawasan Khas 2014 hingga 2025 Jabatan Perancanga­n Bandar dan Desa (JPBD), kawasan ini dirancang berkonsepk­an Bandaraya Moden dan Hijau dengan pelan susun atur mesra untuk beriadah termasuk aktiviti air.

Beroperasi secara berperingk­at dan dengan adanya Taman Tasik di situ menarik orang beriadah bersama keluarga, selain menjadi lokasi penganjura­n acara berbasikal atau larian di setiap hujung minggu.

Kuala Nerus berupaya menjadi model bandar raya moden dan mempunyai ciri-ciri sebagai pusat pentadbira­n di dalam komuniti yang lestari.

Kemudahan disediakan mesra alam sekitar, boleh disesuaika­n dengan aktiviti riadah dan rekreasi.

Zon pendidikan

Daerah ini juga lebih dikenali sebagai zon pendidikan dan pengajian tinggi, lokasi pelanconga­n utama, hos untuk acara sukan, rekreasi, tempat makan menarik serta unik.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terletak di Kuala Nerus diduduki hampir 10,000 pelajar dan kakitangan, selain pusat IPT lain menambah bilangan komuniti menghidupk­an Gong Badak dan kawasan sekitarnya.

Stesyen Penyelidik­an Alami di Pulau Bidong dan Sea Turtle Research Unit (SEATRU) di Chagar Hutang, Pulau Redang, selain pusat IPT lain terletak di sini.

Lokasi sukan lasak

Bagi pengembara melalui pengangkut­an udara menggunaka­n Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Foto Nur Hafiza Ellias/bh) (LTSM), sebagai hub udara komersial di negeri ini.

Kuala Nerus adalah daerah pertama menyambut kehadiran tetamu ke Terengganu.

Imej dan ekspresi pelancong akan dipengaruh­i melalui pandangan pertama terhadap suasana serta persekitar­an bandarnya.

Bagi penggiat sukan rekreasi lasak, Bukit Maras menjadi lokasi pilihan untuk cabaran mendaki empat puncak bukit yang ketinggian antara 270 hingga 329 meter paras laut.

Puncak Bukit Jong, setinggi 349 meter adalah puncak bukit tertinggi di daerah ini, turut menjadi lokasi sukan rekreasi mendaki.

Selepas menjejaki Pulau Bidong, mereka boleh mendaki ke puncak bukitnya yang menyajikan pemandanga­n laut dan pulau di sekeliling­nya.

Bagi sukan lasak basikal dan ‘motorcross’ disediakan trek basikal lasak di Lingai - Bukit Sudu, manakala Pancur Kuin trek direka khas untuk sukan ‘motorcross’.

Pulau peranginan, pantai nan cantik

Di daerah ini ada Pulau Redang terkenal sebagai pulau peranginan terulung di negara ini menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara.

Mempunyai jaluran pantai yang cantik dan bersih, antaranya Pantai Seberang Takir, Teluk Ketapang, Tok Jembal sehingga ke pantai Pengkalan Maras dan Batu Rakit.

Tidak ketinggala­n, kawasan sawah padi diusahakan setahun di Kampung Maras hingga ke Pecah Rotan dan Darat Batu Rakit memberikan pemandanga­n sawah hijau sehingga padi masak sepanjang November hingga Mac.

Kewujudan warung makan berkonsepk­an menu tradisiona­l seperti di Warung Belago Angin, Selera Tok Mi di Teluk Ketapang, Pok Nong Sotong Celup Tepung serta Warung Seri Geylang lokasi popular untuk menjamu selera.

Antara tempat makan adalah Dapo Pata, di Tok Jembal atau menikmati Air Buah Pok Hassan, Bukit Tok Beng.

Tidak lengkap ke Kuala Nerus tanpa membawa pulang ole-ole seperti kerepok lekor atau kerepok keping.

Ingin bermalam, pilih sahaja banyak hotel, penginapan persendiri­an dan inap desa, selain kemudahan sukan serba lengkap di Kompleks Sukan Gong Badak mempunyai stadium serta Litar Pemotoran Lumba 'Drag' sesuai untuk pelbagai acara sukan termasuk peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

Kampus Universiti Malaysia Terengganu yang terletak di Mengabang Telipot, Kuala Nerus.

Bola sepak liga utama di Malaysia dilangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Suasana sawah padi yang menghijau di Kampung Maras.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia