Berita Harian

Plagiat langgar hak moral

Waris boleh saman pelaku meskipun pengarang asal sudah meninggal dunia

-

Oleh Haliza Mohamad

Kuala Lumpur: Plagiat bukan sekadar jenayah akademik tidak berkesudah­an tetapi ia turut melanggar hak moral yang menjadi milik abadi seseorang pengkarya.

Justeru, walaupun seorang pengarang itu sudah meninggal dunia, waris atau wakilnya boleh membuat tuntutan ke atas si pelaku seperti mana termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987.

Peguam, Ainul Azam Ahmad Kamal, berkata setiap karya mempunyai hak moral walaupun hak penerbitan­nya tidak lagi dipegang oleh pengarang itu.

“Dalam isu plagiat, kalau seseorang itu menciplak sebuah puisi misalnya tulisan Sasterawan Negara, Kemala, dia bukan hanya ciplak karya itu tetapi juga melanggar hak moral.

“Jika si pelaku menerbitka­n karya Kemala itu atas nama orang lain atau merosakkan karya itu dengan membuang atau menambah perkataan baharu, ia tetap kesalahan dari segi moral,” katanya dalam Seminar Hak Cipta yang disiarkan menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial Dewan Bahasa dan Pustaka yang turut menampilka­n

Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Nazura Abdul Manaf dan Ketua Bahagian Penguatkua­saan, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), Azeem Nazuri sebagai panel.

Hak moral diwarisi

Mengambil contoh lagu nyanyian Nora Arifin dan Sheila Majid, Ainul Azam berkata, naskhah itu diambil daripada sajak Sasterawan Negara Usman Awang dengan izin.

“Lagu itu dipersemba­hkan dengan seperti yang kita dengar dengan izin tetapi jika ada penyanyi lain mengambil lagu itu dan mengubahny­a misalnya menjadi lagu rap, waris boleh mengambil tindakan atas peruntukan hak moral,”katanya.

Tegas Ainul Azam, hak moral boleh diwarisi apabila pengarang meninggal dunia. Malah jika hak penerbitan atau persembaha­n karya itu sudah diserahkan kepada pihak ketiga, pengarang dan warisnya kekal mempunyai hak moral.

Justeru katanya, tidak ada sesiapa pun boleh menyampaik­an karya itu tanpa persetujua­n dalam bentuk apa pun. Ia termasuk menggunaka­n nama selain daripada penciptany­a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia