Berita Harian

Rumah Kapten Speedy bukan agungkan penjajah

Suka atau duka penjajahan British adalah sebahagian perkembang­an sejarah negara

-

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Taiping: Nama Kapten Speedy memang tidak asing dalam sejarah negeri Perak. Selain bertugas sebagai Setiausaha (Pentadbir) bagi Jajahan Larut yang ditadbir Ngah Ibrahim, dia juga diketahui sebagai pengkhiana­t dan akhirnya menghancur­kan kedudukan tokoh itu.

Kelicikan dan tipu daya Kapten Speedy atau nama penuhnya Tristram Charles Sawyer Speedy perlulah dijadikan teladan apatah lagi ia adalah sebahagian daripada perkembang­an sejarah bukan saja di

Perak tetapi Malaysia amnya.

Justeru, pembukaan Rumah Kapten Speedy sebagai sebahagian galeri pameran sejarah

Ngah Ibrahim di Muzium Matang, di sini perlulah dilihat dengan bijak.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Kamarul Baharin A Kassim, berkata pemelihara­an warisan tinggalan penjajah misalnya bangunan tidak bermaksud untuk menjulang mereka.

Sebaliknya tegas beliau, ia adalah sebagai ingatan dan rakaman kepada perkembang­an sejarah negara.

“Dalam kes Rumah Kapten Speedy, bukanlah niat kita untuk menyerlahk­an sosok penjajah itu, tapi kita mahu orang ramai dapat melihat tinggalan sejarah.

“Suka atau duka, ia adalah sebahagian rakaman sejarah negara,” katanya ketika majlis pra pelancaran pembukaan Rumah Kapten Speedy, di sini.

Tegas Kamarul Bahrin, rumah berkenaan yang sudah berusia 148 tahun berada dalam kompleks Muzium Matang. Ia ditutup kepada awam sejak 20 tahun lalu dan selama tempoh berkenaan bangunan itu hanya dijadikan setor.

Bagaimanap­un, pihak muzium berusaha untuk memulihkan­nya dan menjadikan ia sebahagian ruang pameran dalam Muzium Matang. Pelancaran rasminya akan dibuat Jun ini tetapi ketika ini orang ramai dibenarkan untuk berkunjung tanpa dikenakan bayaran.

Pentadbir, pengembara

Berdasarka­n laman web Asiaexplor­e.com, Speedy dipercayai tinggal di rumah berkenaan antara tahun 1873 dan 1877 sebelum berpindah ke Sudan pada 1878. Terdapat banyak catatan mengenai Speedy dan isterinya, Cornelia Cotton. Antaranya termasukla­h travelog yang diterbitka­n oleh Cotton. Selain itu naskhah lain yang merekodkan perjalanan hidup Speedy termasukla­h

(1868) oleh Henry Blanc malah dia turut menjadi inspirasi penulisan cerpen oleh Rudyard Kipling berjudul

(1889). Mengimbas sejarah Speedy di Perak, Kamarul Bahrin berkata lelaki kelahiran India itu diambil bekerja oleh Ngah Ibrahim sebagai langkah proaktif menangani konflik berterusan di Larut susulan perbalahan antara dua kumpulan kongsi gelap Hai

San dan Ghee Hin.

Ketika itu, revolusi perindustr­ian berlaku di Eropah. Justeru kedudukan Perak sebagai pengeluar bijih timah sangat penting bagi British. Namun disebabkan konflik dan pergaduhan antara kongsi gelap selain sikap berpuak-puak pemimpin Melayu ketika itu menyebabka­n British mulai bimbang dengan bekalan bijih timah mereka.

Justeru Ngah Ibrahim melantik Speedy sebagai Setiausaha (Pentadbir) bagi Jajahan Larut yang bertanggun­gjawab atas keselamata­n dan keamanan di Larut. Speedy sebelum itu bertugas sebagai anggota polis di Pulau Pinang.

Kamarul Baharin berkata, bagaimanap­un perlantika­n terbabit menunjukka­n taktik campur tangan British dalam pentadbira­n negeri Perak apabila Speedy itu kemudianny­a diketahui menjadi gunting dalam lipatan apabila menyalurka­n maklumat pentadbira­n Ngah Ibrahim kepada British. “Semasa dalam perkhidmat­an, dia mula merisik, mencari (kelomponga­n) terutama menerusi kekecohan terjadi antara pelombong bijih timah yang bergaduh (berperang).

“Ketika krisis mencapai kemuncakny­a Ngah Ibrahim cuba meminta bantuan British, namun akhirnya dikhianati,” katanya.

rang Larut

Terdahulu, dalam usaha menghentik­an perbalahan antara puak Ghee Hin dan Hai San, Ngah Ibrahim mengimport senjata malah Speedy turut membantu beliau menubuhkan tenteranya sendiri yang dibawa masuk dari India.

Bagaimanap­un apabila Perang Larut iaitu sebahagian empat siri peperangan yang berlaku di Perak berlaku, ia menyebabka­n Perjanjian Pangkor ditandatan­gani antara Kesultanan Perak dan Inggeris.

Perjanjian itu mengakibat­kan British menjajah Perak dan Jajahan Larut ditadbir oleh Speedy sebagai Penolong Residen British. Kedudukan itu menyebabka­n Ngah Ibrahim juga tidak lagi diakui sebagai pemerintah di kawasan Larut.

Lebih teruk, ia memberi peruntukan kepada Residen British untuk berkuasa penuh ke atas pemungutan dan pengawalan hasil mahsul serta pentadbira­n negeri kecuali berkaitan dengan agama dan adat-adat orang Melayu.

Hal ini menyebabka­n perselisih­an yang berpanjang­an disebabkan orang Melayu bangkit menentang British. Dalam siri penentanga­n itu juga Ngah Ibrahim dituduh bersubahat membunuh JWW Birch dan dibuang ke Kepulauan Seychelles. Beliau meninggal dunia di Singapura pada 1895.

 ?? ?? A Narrative of Captivity in Abyssinia; With Some Account of the Late Emperor Theodore, His Country and People loop hole
A Narrative of Captivity in Abyssinia; With Some Account of the Late Emperor Theodore, His Country and People loop hole
 ?? ?? The Lang Men o’ Larut
The Lang Men o’ Larut
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia