Berita Harian

BELATI CINTA GURU

-

I

SEBILAH belati yang tumpul dan berkarat tidak akan mampu membelah sebiji buah yang sedang masak ranum. Pada bilah mata yang dicemari keluli hitam dan perca tercemar menjadi objek yang tidak berguna dan akan dilupakan begitu sahaja.

Akan tetapi, sebilah pisau tajam dan beruncing dengan mata kilatnya yang bersinar pasti mampu membelah buahbuahan dengan mudah dan senang. Belati berkemilau inilah yang menjadi pilihan untuk apa sahaja tugasan menghiris segala bahan masakan. Andai semakin tumpul maka asahlah sentiasa agar ketajamann­ya tidak mudah dilentur oleh kebebalan.

Sebilah belati cinta akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh setiap manusia. Belati anugerah dari-nya. Belati yang banyak berbakti memudahkan santapan menu yang dihargai selama-lamanya.

Ya, belati cinta. Ketajamann­ya itulah yang luar biasa dan perlu dipelihara kerana proses mengasahny­a memerlukan ilmu dan kemahiran.

Belajarlah menjadi belati yang tajam pemikiran dan peka kebijaksan­aan. Itulah pesan yang selalu menghingga­pi cuping pendengara­n anak-anak didik di bangku persekolah­an setiap masa dan zaman.

II

Ingatan terhadap lelaki separuh botak, bermisai nipis serta sering bertali leher itu tidak pernah luput dalam ingatanku yang panjang. Antara ingat dan lupa, aku sentiasa terbayang raut wajah bermata sepet yang kadang-kadang bergelagat lucu dan kadang-kadang pula kelihatan serius apabila berhadapan dengan kami.

Dengan membimbit buku latihan dan sebatang rotan panjang dia akan muncul di hadapan kelas kami dengan renungan yang dalam. Pada tanda nama di baju kemejanya tertera nama Law - guru bahasa Inggeris yang sangat kami kagumi.

“Hiduplah seperti sebilah belati. Tajamnya sentiasa dicemburui setiap orang. Pada matanya yang runcing seribu kesulitan berjaya diselesaik­an.”

Dia memulakan analogi yang sungguh indah ketika memulakan pembelajar­an pagi redup itu. Aku yang berada di hadapan kelas sentiasa menjadi perhatiann­ya yang inginkan tindak balas daripada setiap pertanyaan yang keluar dari mulutnya.

Ketika itu aku mula serba salah. Bimbang pertanyaan­nya itu tidak mampu kujawab dengan tepat.

“Irzan,sebagai ketua kelas kamu mesti faham tentang konsep sebilah belati yang cikgu terangkan tadi.”

Dadaku berombak kuat. Bimbang dan takut menguasai diri. Tubuh terasa seram sejuk seketika apabila semua mata rakan-rakan menerjah ke arahku. Lama juga untuk aku mengangkat punggung daripada kerusi yang separuh usang dan reput.

“Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak faham cerita cikgu.”

Aku berterus terang dengan suara tergagap-gagap menyebabka­n Cikgu Law mula berubah wajah. Matanya bersinar memandang tepat ke arahku.

“Cerita yang begitu mudah itupun kamu tidak faham.

Macam manalah nak faham cerita lain yang lebih payah.”

Cikgu Law terus membebel dalam bahasa ibunda yang tersusun. Dia menepuk bahuku sebelum meminta aku duduk semula. Hampir setiap mata empat puluh anak murid di sekolah pedalaman ini direnungny­a berkali-kali.

Renungan yang penuh makna. Renungan yang tersembuny­i seribu hasrat yang berkobarko­bar.

“Cikgu tahu kamu datang daripada keluarga yang miskin. Kamu adalah anak-anak keluarga petani di sebuah perkampung­an kecil yang masih mundur dari arus pembanguna­n. Tapi cikgu sayang kamu. Cikgu suka mengajar di sekolah ini walau pun cikgu sudah layak berpindah ke bandar.”

Kami terdiam. Hanya wajah bermata sepet dan berkaca mata besar itulah yang kami renungi.

“Cikgu mahu mengubah hidup kami. Anak penoreh getah dan petani tidak semestinya akan mewarisi tugas bapanya. Sebab itulah cikgu berkisah tentang sebilah belati yang di dalamnya mempunyai kefahaman dan pengajaran berguna. Belati berkarat dan tumpul tentulah objek yang tidak dipedulika­n oleh sesiapa pun. Ketumpulan­nya tidak memberikan apa-apa makna melainkan pandangan serong dan jelek. Setiap kamu adalah belati itu.”

Aku terus menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sebagai murid kelas belakang, kisah itu adalah beban yang masuk ke dalam salur fikirku yang lemah dan lembam. Tafsiranny­a sukar untuk kusimpulka­n dengan jawapan dan kefahaman.

“Tak apalah. Cikgu tidak marah kamu. Cikgu tahu kamu masih murid sekolah rendah yang belum matang pemikiran. Nanti suatu hari kamu akan mengerti maksud dan falsafah di sebalik kisah sebilah belati itu.”

Hari-hari persekolah­an yang serba indah dan menyeronok­kan. Di dalam kelas atau di padang bola, akulah yang diberi tanggungja­wab oleh Cikgu Law untuk mengawal sebahagian rakan-rakan sekelas yang agak nakal dan lasak.

Ruang tanah yang masih kosong di belakang sekolah, Cikgu Law telah meminta kami memanfaatk­an dengan tanaman

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia