Berita Harian

Sifat malu benteng orang beriman daripada maksiat

-

Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad

Setiap agama mempunyai akhlak terasnya dan bagi agama Islam, ia adalah ‘malu’ (al-haya’).

Islam meletakkan sifat malu sebagai satu sifat terpuji dan banyak hadis Nabi SAW menjelaska­n mengenainy­a, antaranya termasuk sirah dan teladan ditunjukka­n oleh mereka yang soleh.

Sifat malu boleh dilihat dalam beberapa aspek kehidupan manusia termasuk malu dari sudut menyalahi sosial dan norma masyarakat setempat, malu kerana bertentang­an dengan nilai agama dan malu kerana menyalahi undang-undang.

Sifat malu hakikatnya sifat mulia diwarisi secara tradisi sejak zaman-berzaman, namun ia cuba dihapuskan secara halus kerana begitulah sifatnya ledakan gelombang pasca modernisme yang merungkai dan meruntuhka­n pegangan, nilai dan budaya tradisi murni sesebuah masyarakat.

Slogan yang mengajak manusia supaya ‘tidak bersifat malu’ atau menganggap normal aksi atau perlakuan bertentang­an norma agama dan kehidupan sebenarnya bertentang­an dengan prinsip akhlak anjuran Islam.

Apabila hilang sifat malu, maka apa sahaja bentuk kemungkara­n akan berleluasa. Lelaki berpakaian wanita, misalnya yang semakin rancak ditonjolka­n golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) jelas sekali menyalahi norma kehidupan masyarakat termasuk dalam nilai Melayu Islam sejak zaman-berzaman.

Apa yang jelas, malu adalah sebahagian daripada iman seperti sabda Baginda SAW; “Iman itu memiliki lebih daripada 60 cabang dan malu itu sebahagian daripada salah satu cabang iman”. (HR Bukhari).

Keimanan pada seseorang mampu menyekat dirinya melakukan dosa dan maksiat secara terang-terangan. Jika seseorang itu sanggup melakukan sesuatu dosa dan maksiat secara terangtera­ngan, maka itu petanda dirinya tidak memiliki iman atau nipis imannya.

Zina berleluasa pada akhir zaman

Pada akhir zaman kelak, ketika hampir datangnya kiamat, dikatakan maksiat zina berlaku secara berleluasa dan terang-terangan kerana pada ketika itu tiada lagi manusia mempunyai iman dan sifat malu.

Hal ini sebenarnya selari dengan dinyatakan Baginda SAW apabila manusia hilang malu. Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amr al-ansari al-badri RA menyebut bahawa Baginda SAW pernah bersabda; “Di antara perkara ditemui dalam kata nabi silam ialah sekiranya engkau tiada lagi malu, maka lakukanlah apa saja yang kau inginkan’. (HR Bukhari)

dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan ‘al-hayah’ yang bermaksud hidup. Kalimah malu dalam bersalah atau ‘guilt culture’ berbanding budaya malu ‘shame culture’.

Dalam masyarakat Barat, yang menghalang mereka daripada melakukan kejahatan atau kerosakan adalah kerana mengelak atau tidak mahu rasa bersalah, tetapi dalam masyarakat timur faktor penghalang­nya lebih kepada mengelakka­n tidak mahu berasa malu.

Malu dalam Islam terbahagi kepada beberapa darjat, yang paling rendah ialah malu dengan manusia lain di sekeliling kita. Seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu yang masyarakat­nya memandang serong dan tidak baik terhadap perbuatan itu.

Ia disebabkan pengaruh persekitar­an (‘urf) mendidik seseorang itu untuk berasa malu. Kebanyakan negara Arab misalnya, memakai kain sarung atau seumpamany­a di luar rumah adalah sesuatu yang tidak senonoh atau taboo, kerana pakaian sebegitu hanya sesuai di bilik tidur sahaja.

Justeru, pelajar Malaysia yang belajar di negara Arab biasanya mengelak memakai kain sarung di luar rumah.

Dalam masyarakat Jepun pula, budaya malu yang disebut ‘haji’ sangat menebal dan berakar umbi. Setiap anak kecil dididik memiliki sifat malu sejak kecil.

Ia merangkumi rasa malu melakukan sesuatu dipandang tidak elok masyarakat. Malu dalam kalangan masyarakat mereka adalah sifat peribadi yang tertanam sejak kecil dan menjadi budaya berakar umbi dan bukan dibuatbuat atau takut undang-undang.

Mereka ditanam dengan perasaan malu dengan diri sendiri melalui slogan ‘Kunshi wa hitori o tsutsushim­u’ – apabila sendirian, orang hebat akan menjaga dirinya sendiri daripada perbuatan tidak beretika.

Jepun juga terkenal dengan kebersihan­nya dan masyarakat­nya memiliki budaya malu (dan benci) kekotoran.

Sungai di sana cukup bersih kerana masyarakat tidak membuang sampah ke dalam sungai kerana menganggap perbuatan itu memalukan.

Masyarakat Melayu juga terkenal memiliki sifat malu. Orang Melayu memiliki Istilah untuk merujuk sikap malu seperti ‘menjaga air muka’ dan ‘malu alah’ begitu sebati dengan masyarakat. Slogan ‘lantaklah’ atau ‘malu apa’ sebagai contoh semakin kuat mendominas­i masyarakat kita hari ini yang jelas berlawanan dengan fitrah malu masyarakat Melayu Islam.

Sementara itu, gejala rasuah semakin menjadi-jadi kita juga petanda masyarakat sudah semakin pudar perasaan malu.

Walaupun jelas melakukan kesalahan memakan rasuah atau penyalahgu­naan kuasa, ada dalam kalangan mereka ini masih tiada perasaan malu atau segan silu ‘menegakkan benang basah’.

Jika dahulu, mereka seperti ini sudah pasti mengasingk­an diri, bersembuny­i daripada masyarakat kerana malu dengan perlakuan mereka yang didedahkan namun hari ini, tidak lagi sebegitu sebaliknya menganggap dirinya sebagai mangsa.

Dalam satu riwayat disebutkan baginda SAW berada di rumah Aishah RA. Ketika itu Rasulullah sedang berbaring manakala kain baginda sedikit terselak dan menampakka­n betis.

Kemudian datang Saidina Abu Bakar RA memohon izin untuk masuk, lalu masuk dan Nabi SAW tidak membetulka­n kedudukan baginda dan juga keadaan kainnya yang tersingkap.

Perkara sama berlaku apabila Saidina Umar RA memohon izin untuk masuk dan duduk berbual dengan baginda SAW.

Kemudian terdengar Saidina Uthman Affan memberi salam dan ingin masuk, lalu baginda SAW segera duduk dan merapikan kain baginda SAW untuk tertutup lebih sempurna.

Selepas selesai dan semua sahabat pulang, Saidatina Aishah RA bertanyaka­n baginda SAW perihal perbezaan perlakuan baginda SAW apabila Saidina Uthman masuk tadi.

Lalu baginda SAW menjawab, sekiranya Uthman masuk dalam keadaan kain baginda SAW terselak, nescaya Uthman akan tersipu malu dan tidak selesa.

Ajar kanak-kanak malu lakukan maksiat

Bahkan baginda SAW berasa malu dengan orang yang malaikat pun malu dengannya. Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya; “Bukankah aku sepatutnya berasa malu dengan orang yang malaikat pun malu dengannya”. (HR Muslim).

Dalam mazhab Shafie juga dinukilkan keharusan untuk mandi tanpa seurat benang (telanjang) sekiranya ia perlu dan selamat daripada dilihat oleh orang lain, bagaimanap­un lebih afdal menutup aurat ketika itu kerana segan dan malu dengan Allah SWT.

Apa yang perlu dilakukan hari ini ialah menyuburka­n kembali perasaan malu dalam diri anak-anak sejak kecil melalui pendidikan di rumah dan di sekolah supaya mereka berasa malu melakukan sesuatu tidak disukai masyarakat, malu melanggar undangunda­ng dan lebih besar lagi malu kepada Allah SWT untuk melakukan maksiat.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia