Berita Harian

Kewajipan hormat, muliakan ibu bapa tiada batasan

-

Oleh Dr Azri Bhari

Saban tahun hari ibu disambut pada Ahad kedua Mei oleh seluruh masyarakat dunia. Hari ibu disambut bertujuan menzahirka­n tanda penghargaa­n kepada wanita yang mengorbank­an kehidupan demi kebahagiaa­n anak-anak.

Peranan ibu sangat penting dalam sesebuah keluarga dan mempunyai persamaan dengan bapa yang juga turut diiktiraf melalui sambutan hari bapa saban tahun kerana menjadi tunjang kekuatan sesebuah keluarga.

Islam sangat menggalakk­an supaya memuliakan dan menghormat­i kedua ibu bapa seperti dijelaskan dalam al-quran dan hadis tanpa terbatas atau terikat dengan masa dan tempat.

Ia suatu kewajipan berterusan yang perlu ditunaikan anak-anak dan berkekalan sepanjang hayat.

Perintah mentaati ibu bapa bukan setakat melakukan kebaikan, tetapi bukti keimanan dan ketakwaan seseorang. Firman Allah SWT yang bermaksud;

Terdapat pelbagai cara dan kaedah boleh dilaksanak­an untuk berbakti dan berbuat kebaikan kepada ibu bapa oleh anak-anak.

Doa kesejahter­aan

Pertama, menzahirka­n kasih sayang dan mendoakan kesejahter­aan ibu bapa. Anak yang soleh sentiasa mendoakan ibu bapa supaya diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Hadis Nabi SAW yang bermaksud; “Apabila manusia meninggal dunia, terputusla­h amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh yang mendoakann­ya”. (HR Muslim, Abu Daud dan

Tirmizi.

Kedua, menyediaka­n kemudahan dan tempat tinggal selesa kepada ibu bapa. Menjadi tanggungja­wab anak-anak memastikan dan memberikan kemudahan yang sesuai kepada ibu bapa terutama yang berusia lanjut dan uzur.

Paling utama adalah membawa ibu bapa tinggal bersama bagi menjamin keselamata­n dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

Ketiga, menghulurk­an bantuan kewangan atau keperluan. Anak-anak bertanggun­gjawab memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa supaya mencukupi perbelanja­an kehidupan.

Hakikatnya, nafkah dan sumbangan diberikan anak-anak tidak mampu menandingi atau membalas pengorbana­n ibu bapa membesarka­n dan mendidik sewaktu kecil sehingga mampu berdikari.

Keempat, memenuhi dan menunaikan permintaan. Anak-anak perlu mengutamak­an dan memenuhi permintaan ibu bapa berbanding tugas yang lain.

Nabi SAW menegaskan berbakti kepada ibu bapa menjadi urusan turutan kedua selepas melaksanak­an perintah solat.

Daripada Abdullah ibn Mas’ud RA berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW amalan apakah paling Allah sukai? Baginda menjawab; solat pada waktunya. Kemudian apa? Baginda menjawab; berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi, Kemudian apa? Baginda menjawab; jihad pada jalan Allah” (HR Bukhari).

Kelima, bertutur dengan sopan dan lemah lembut terhadap ibu bapa. Islam mendidik masyarakat supaya menjauhkan diri daripada menengking, membentak, mengeluark­an kata kasar dan mengeluark­an pengucapan terutama kepada ibu bapa.

Luangkan masa bersama orang tua

Anak-anak dilarang meninggika­n suara ketika bercakap dengan ibu bapa kerana dianggap perbuatan buruk dan tercela berdasarka­n firman Allah SWT yang bermaksud;

(Surah al-isra’ ayat 32). Keenam, meluangkan dan melapangka­n masa bersama-sama. Anakanak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjung­i.

Bahkan, Nabi SAW menyaranka­n menjaga hubungan baik dengan saudara mara, tetangga dan sahabat kepada kedua ibu bapa dalam hadis bermaksud: “Sesungguhn­ya sebaik-baik bentuk bakti (kepada orang tua) ialah seseorang anak itu menyambung­kan tali persaudara­an keluarga sahabat karib ayahnya”. (HR Muslim).

Ketujuh, tidak menderhaka kepada ibu bapa. Melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Islam meletakkan menderhaka kepada ibu bapa tergolong dalam perbuatan dosa besar.

Hadis Nabi SAW yang bermaksud; “Mahukah kamu aku sampaikan sesuatu termasuk dosa besar? Baginda mengulangi pertanyaan sehingga tiga kali (lalu berkata): menyekutuk­an Allah, derhaka terhadap kedua orang tua dan saksn palsu…” (HR Muslim).

Demikianla­h, kebaktian dan kebaikan boleh diberikan anak dalam pelbagai sudut seperti keperluan material, emosi dan rohani kepada ibu bapa tercinta.

Kesimpulan­nya, sambutan hari ibu bukanlah perayaan keagamaan tetapi diadakan sebagai penghormat­an tambahan dengan tidak membataska­n pada waktu dan tempat tertentu sahaja.

Sebaliknya, umat Islam perlu sentiasa memberi penghormat­an dan ketaatan kepada ibu bapa selaras dengan syariat Islam.

Setiap anak perlu mengutamak­an keperluan material, emosi dan rohani ibu bapa.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia