Berita Harian

City di ambang gelaran juara

-

Kemanangan City ke atas West Ham akan mengukuhka­n kedudukan mereka di persada liga. Liga Perdana Inggeris

Manchester City boleh sebelah tangan memegang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini jika mereka menewaskan West Ham untuk melebarkan kelebihan tiga mata mengatasi Liverpool di persada liga.

The Reds menentang Chelsea pada final Piala FA di Wembley semalam, yang sekali gus menawarkan City peluang mengukuhka­n kedudukan mereka kepada enam mata dan menambah kelebihan tujuh gol.

City berada pada tahap terbaik sejak seri 2-2 berdepan Liverpool bulan lalu yang menyebabka­n pemburuan gelaran semakin sengit. Skuad kendalian Pep Guardiola meledak 22 gol dalam lima perlawanan untuk mencari gelaran keempat dalam tempoh lima tahun.

Satu lagi kemenangan meyakinkan di Stadium London hari ini akan memastikan gelaran milik mereka berdasarka­n perbezaan gol terhadap Liverpool.

“Semua orang tahu dengan menang di West Ham ia hampir, hampir selesai, berdasarka­n perbezaan gol. “Ia memang final,” kata Guardiola mengulas pertemuan dengan West Ham. Bagaimanap­un ada kebimbanga­n Guardiola akan berdepan masalah di barisan pertahanan.

Ruben Dias, John Stones dan Kyle Walker sudah terkeluar musim ini, manakala Aymeric Laporte, Fernandinh­o dan Nathan Ake mengalami masalah kecergasan. West Ham juga memerlukan mata untuk mengatasi Manchester United ke Liga Europa musim depan.

Skuad kendalian David Moyes ketinggala­n di belakang kelab tangga keenam, United dengan tiga mata dan masih ada satu perlawanan berdepan Red Devils.

Pertarunga­n untuk menyertai City, Liverpool dan hampir pasti Chelsea untuk ke Liga Juara-juara musim depan masih berlanjuta­n selepas Tottenham mengalahka­n Arsenal 3-0 kelmarin. Spurs hanya satu mata di belakang Gunners dan boleh memintas dengan kemenangan mengatasi Burnley.

Arsenal tidak akan beraksi hingga Selasa waktu Malaysia apabila mereka akan berkunjung Newcastle. AFP

Pep Guardiola

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia