Berita Harian

Ronaldo mahu Ten Hag diberi masa

-

London: Cristiano Ronaldo memberi amaran betapa Erik ten Hag perlu diberikan masa untuk menukar nasib Manchester United.

Ten Hag yang menamatkan tempoh perkhidmat­annya bersama Ajax dengan menang gelaran Eredivise (Liga Belanda) hujung minggu lalu, akan mengambil alih United musim panas ini dan dia dijangka berdepan tugas mencabar untuk mengubah nasib kelab itu.

United yang berkeduduk­an keenam Liga Perdana Inggeris (EPL), bergelut musim ini dan Ronaldo selaku bintang utama berkata, ketika skuad United teruja bekerjasam­a dengan Ten Hag, kesabaran diperlukan pengurus dari Belanda itu dalam usaha membina kembali pasukan.

Ronaldo memberitah­u laman sesawang United: “Apa yang saya tahu mengenainy­a ialah dia melakukan tugas yang bagus bersama Ajax, dia adalah jurulatih berpengala­man. Tapi kami perlu berikan dia masa.

“Perkara perlu berubah mengikut cara yang dia mahukan. Kami harap akan meraih kejayaan, itu sudah tentu, kerana jika anda beroleh kejayaan, semua di Manchester juga akan meraih kejayaan. Saya harapkan yang terbaik daripadany­a.”

Ronaldo, 37, berharap Ten Hag akan menamatkan penantian United untuk meraih trofi dan dia bersedia untuk beraksi pada musim kedua sejak kembali dari Juventus.

Tambahnya: “Kami gembira dan teruja, bukan hanya sebagai pemain, tetapi juga sebagai penyokong.

“Saya harapkan yang terbaik daripadany­a dan percayalah, tahun depan, kami akan menang trofi,” kata Ronaldo.

Komen Ronaldo mengenai kehadiran Ten Hag menggambar­kan dia akan kekal di United, walaupun mereka tidak akan terbabit dalam Liga Juara-juara musim depan. Walaupun United kurang konsisten dalam kempen musim ini, Ronaldo masih berupaya menyumbang 24 gol, 18 daripadany­a dalam EPL. AGENSI

Erik ten Hag

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia