Berita Harian

Skuad negara kembali ‘melibas’

-

Sepak Takraw

Hidupkan peluang raih perak selepas atasi Kemboja

Hanoi: Skuad sepak takraw berpasukan lelaki negara kembali menghidupk­an peluang untuk meraih pingat perak pada temasya Sukan SEA 2021 di sini, selepas menumpaska­n Kemboja 3-0 di Dewan Sukan Daerah Hoang Mai, di sini, semalam.

Aksi cemerlang skuad negara bermula dengan regu pertama yang dibarisi Zarif Marican Ibrahim Marican, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi berjaya mengalahka­n Veasna Sam, Sokhom Chhorn dan Channem Sorn 21-6, 21-10.

Kemenangan pasukan kebangsaan kemudian disahkan oleh gandingan Faisal Fuad, Noraizat Nordin dan Norfaizzul Razak menerusi keputusan 21-2, 21-6 ke atas Chanthea Di, Hapchhun Nom dan Sovoutha Houth.

Regu ketiga dibarisi Haziq Hairul Nizam, Asyraaf Hadi dan Redwan Hakim Muhammad turut tidak berdepan masalah menun

Wushu

Muhammad Redwan Hakim melakukan rejaman ketika menentang pasukan Kemboja pada saingan liga sepusingan acara regu berpasukan sepak takraw lelaki sempena temasya Sukan SEA 2021 di Pusat Sukan Hoang Mai, semalam.

Atlet Wushu Malaysia, Tan Zhi Yan ketika beraksi dalam acara wushu kategori Taijijian Lelaki di Cau Giay Gymnasium, semalam.

dukkan gandingan Si E Sen, Mithona Pheng dan Korn Kien 21-5, 21-9.

Pengendali skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad berkata pada Sukan SEA kali ini pihaknya menampilka­n lapan muka baru yang tidak pernah merasai pengalaman beraksi di termasya sama sebelum ini.

“Kalau ikutkan, ada tiga atau empat pemain mula nampak menunjukka­n permainan mereka. Contohnya jika ada set yang perlu bersaing mereka akan bermain (Foto BERNAMA) dengan bersungguh-sungguh.

“Tidak mustahil satu hari nanti mereka mampu untuk memberi tentangan termasuk kepada Thailand,” katanya yang perlu mempersiap­kan pasukan untuk berdepan tuan rumah, Vietnam, hari ini.

Selepas terlepas emas apabila tumpas 3-0 kepada Thailand kelmarin, skuad takraw berpasukan lelaki kini hanya menumpukan kepada buruan perak dengan syarat mampu mengalahka­n Vietnam.

Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong (kiri) yang memenangi pingat emas dan Sadat Maryuqi Ajisan memenangi pingat gangsa mengibarka­n Jalur Gemilang ketika acara akhir lontar tukul besi.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia