Berita Harian

Tangisan Sydney kenang ibu

-

Hanoi: Di sebalik kemenangan pingat gangsa oleh atlet wushu negara, Sydney Chin di Sukan SEA 2021, ramai yang tidak menyedari terdapat kisah duka melanda wakil Malaysia itu.

Sydney sebenarnya kehilangan ibu, Hon Wai Cheng berusia 48 tahun akibat serangan jantung sehari sebelum berlepas ke sini.

Walaupun berhadapan emosi kurang stabil, Sydney masih mampu mempamerka­n aksi mantap dalam acara taijiquan wanita yang berlangsun­g di Gimnasium Cau Giay dengan pungutan mata 9.68 mata sekali gus mengakhiri perjuangan di kedudukan ketiga.

Peserta dari Indonesia Alisya Mellynar pula meraih emas dengan 9.71 mata, manakala perak milik Filipina Agatha Wong (9.69). Seorang lagi peserta negara, Mandy Chen menduduki tempat ketujuh daripada sembilan peserta selepas dia mengutip 9.41 mata.

Sydney berkata, dia melalui situasi yang cukup sukar dalam tempoh seminggu ini apabila mendapat perkhabara­n ibunya sudah tiada.

“Ayah memaklumka­n berita sedih itu dan sangat mengejutka­n kerana tidak menyangka ibu mengalami serangan jantung kerana usianya baru 48 tahun. Boleh dikatakan hati saya cukup hancur kerana ibu adalah tulang belakang yang sentiasa menyokong malah mendiang juga mendaftark­an saya untuk sukan ini.

“Saya hanya melakukan yang terbaik untuk memberi tumpuan kepada prestasi saya hari ini dan sangat gembira dengan apa yang saya lakukan,” katanya. Walaupun berhadapan dengan situasi agak getir ketika ini, Sydney mahu terus fokus pada acara taijiquan wanita untuk dipertandi­ngkan hari ini.

Sydney memenangi pingat gangsa dalam acara wushu kategori Taijiquan Wanita.

Aksi Sydney Chin dalam acara taijiquan wanita yang berlangsun­g di Gimnasium Cau Giay, semalam.

Muhammad Arsyad Md Saat (tengah) ketika ujian masa lelaki 200 meter lelaki pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia