Berita Harian

Ziyad janji datang ‘lebih awal’

-

Pastikan penyertaan kali ini lancar, elak insiden di Tokyo berulang

Hanoi: Muhammad Ziyad Zolkefli akan turun ‘lebih awal’ ke Stadium Nasional My Dinh di sini, hari ini bagi membolehka­n penyertaan­nya di Sukan SEA2021 berjalan lancar sekali gus memastikan episod duka di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak berulang.

Atlet paralimpik negara yang tiba di sini semalam berkata daripada pemerhatia­nnya dia perlu tiba lebih awal di lapangan pertanding­an memandangk­an keadaan trafik di bandaraya ini yang agak sesak.

“Kalau diikutkan kena awal,” kata Ziyad yang sebelum ini pernah melakukan lontaran 17.94 meter (m) ketika beraksi di Paralimpik Tokyo 2020 namun catatannya itu dibatalkan kerana melanggar peraturan kejohanan.

“Seperti yang saya lihat pada pertanding­an hari ini (semalam), kena awal datang ke sini, paling tidak tiga jam lebih awal... bimbang juga sekiranya terjadi lagi peristiwa dulu (di Paralimpik Tokyo 2020),” katanya.

Ziyad mula menyertai temasya Sukan SEA pada 2017 di Kuala

Lumpur dan pada ketika itu, atlet berusia 32 tahun berkenaan berjaya meraih gangsa. Ziyad kemudian mengubah warna pingat kepada perak di Filipina 2019.

“Alhamdulil­lah persiapan ke Sukan SEA berjalan lancar. Saya hanya teruskan persiapan dari Paralimpik Tokyo ntuk dibawa ke Sukan SEA. Persiapan sudah berlangsun­g dengan baik untuk saya cuba mencapai satu kejayaan di sini.

“Di sini, saya jumpa pesaingan yang berada di tahap berbeza. Kalau boleh saya nak sesuatu yang lebh daripada Paralimpik Tokyo. Buat masa ini, perasaan itu sama seperti di Tokyo lagi.

“Jadi saya nak lihat sama ada ia mampu dilakukan di sini ataupun tidak. Saya akan cuba sebaik mungkin,” katanya.

Bina Badan

Ziyad akan beraksi kali ketiga di Sukan SEA menentang atlet normal.

Ng (kiri) bersama Rachel ketika sesi latihan di Quan Ngua Gymnasium, Hanoi.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia