Berita Harian

Mike teruja nak hadiahkan emas

-

Hanoi: Jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah bersyukur dan membara untuk menghadiah­kan pingat emas buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2021 di sini, selepas diberikan lampu hijau untuk bertanding hari ini.

Sebelum ini Syarul atau lebih terkenal dengan panggilan ‘Mike’ dikesan positif COVID-19, namun kelmarin, Persekutua­n Bina Badan Malaysia (PBBM) mengesahka­n Mr Asia lima kali itu bebas daripada sebarang jangkitan dan seterusnya dibenarkan beraksi dalam acara ‘athletics physique’.

“Alhamdulil­lah, saya rasa gembira dibenarkan untuk bertanding. Saya pun pelik sebab datang ke sini dengan keadaan sihat, tak tahu hendak cakap macam mana (mengenai jangkitan berkenaan).

“Apa pun, saya berterima kasih dengan bantuan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pegawai perubatan kerana akhirnya keputusan saya negatif,” katanya.

PBBM sebelum dilaporkan sedikit cemas dengan keadaan dihadapi Syarul, namun mereka sentiasa memantau rapi perkembang­annya. Dan selepas lima kali ujian ujian pantas antigen (RTK-AG), atlet harapan mereka itu akan tampil di Pusat Latihan dan Pertanding­an Sukan Hanoi hari ini.

“Akhirnya, saya boleh bertanding selepas dua hari perkara ini mengganggu fikiran saya, tapi kali ini saya kembali bersemanga­t. Saya mahu mendapatka­n pingat emas untuk negara,” katanya.

Kelmarin, skuad bina badan negara, berjaya meraih perak melalui Azri Asmat Safri dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki pada penampilan sulung temasya dwitahunan itu. Dlam acara 65kg lelaki, Malvern Abdullah berjaya meraih gangsa.

Mohd Syarul Azman

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia