Berita Harian

Skuad negara berpeluang raih pingat

-

Gimnastik Artistik

Hanoi: Atlet gimnastik artistik wanita negara, Rachel Yeoh dan Geanie Ng berpeluang cerah untuk meraih pingat hari ini selepas mempamerka­n persembaha­n mantap dalam acara ‘all-around’ Sukan SEA 2021 di Pusat Gimnasium Quan Ngua, semalam.

Jurulatih gimnastik negara, Ng Shu Wai yang optimis pingat pertama buat kem gimnastik negara mampu diraih terutama melalui Rachel dalam acara palang tidak sejajar.

Katanya, Geanie yang kali pertama beraksi di temasya dwitahunan edisi ke-31 itu turut memberikan persembaha­n mencapai prestasi seperti diharapkan jurulatih.

“Hari ini persembaha­n Rachel dan Geanie mencapai apa yang kita harapkan dan kita boleh nampak mereka nak buat sesuatu yang mampu membanggak­an.

“Rachel nampak dia memang nak sesuatu yang lebih baik. Prestasi memang bagus dan markah memang apa yang kita jangka. Saya harap esok (hari ini) mereka mampu meningkatk­an lagi prestasi.

“Kita mungkin akan kekal rutin atau menambah rutin dan ‘difficulty’ bergantung kepada apa yang dilakukan pasukan lawan bagi memburu pingat. Pemburuan pingat berdepan sedikit kesukaran kerana Filipina menyenarai­kan atlet daripada Amerika Syarikat (AS) tapi kita akan tetap memberi tentangan sengit,” katanya.

Shu Wai berkata, mungkin sebelum ini pada temasya dwitahunan berkenaan di Singapura dan

Manila, emas dihadiahka­n Farah Ann Abdul Hadi namun ketiadaan ratu gimnastik negara itu jelas dirasai kem negara, selain Filipina menyenarai­kan empat atlet ‘naturalisa­si’ AS untuk mewakili negara itu sekali gus memberi cabaran besar buat Malaysia.

Empat pingat emas akan ditawarkan di Pusat Gimnasium Quan Ngua dengan membabitka­n tiga untuk kategori lelaki dan satu bagi wanita.

Rachel yang akan turun dalam acara palang tidak sejajar bersedia sepenuhnya untuk mengekalka­n emas yang dimenangi Farah pada edisi lalu. Pada edisi 2019, Rachel meraih gangsa dalam acara berkenaan, manakala perak dimenangi atlet Vietnam, Do Thi Ngoc Huong dan emas diraih Farah .

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia