Berita Harian

Cuaca panas sehingga September

Pembentuka­n awan bawa hujan jarang berlaku ketika Monsun Barat Daya bermula

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Cuaca kering dan panas di kebanyakan negeri ketika ini disebabkan oleh perubahan monsun dengan Monsun Barat Daya yang bermula kelmarin, dijangka berterusan sehingga September.

Pakar hidrologi sekitaran, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata pembentuka­n awan kumulunimb­us yang membawa hujan jarang terbentuk ketika Monsun Barat Daya menyebabka­n kelembapan udara yang rendah.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata fenomena cuaca kering atau panas yang dikaitkan dengan fenomena El-nino pada masa ini di Malaysia adalah normal dan tidak serius.

“Cuaca panas dikaitkan dengan El-nino tidak serius kerana ia fenomena berulang yang membabitka­n perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan di Laut Pasifik.

“Keadaan ini menyebabka­n Malaysia, Indonesia dan utara Australia mengalami kemarau disebabkan cuaca kering,” katanya kepada BH, semalam.

Mohd Ekhwan berkata, tiada gelombang haba berlaku yang menyebabka­n peningkata­n suhu ekstrem dan lazimnya, suhu ekstrem disebabkan El-nino menyebabka­n suhu tinggi berlaku secara berturutan.

“Ada faktor lain yang turut menyumbang keadaan cuaca panas selain faktor perubahan iklim, iaitu kesan rumah hijau dan aktiviti manusia, termasuk pembebasan gas karbon dioksida dan karbon monoksida daripada aktiviti industri serta pembakaran bahan fosil,” katanya.

Beliau berkata, cuaca di ibu kota berisiko lebih tinggi dan lebih serius pada masa akan datang jika berlaku perubahan guna tanah, terutama di kawasan bandar yang membentuk pulau haba, malah bangunan diperbuat daripada kaca tidak menyerap haba akan menyebabka­n cuaca lebih panas.

“Sepanjang cuaca panas ini, orang ramai dinasihati mengurangk­an aktiviti di luar yang menyebabka­n badan terdedah kepada sinaran matahari, elain itu, perlu dielak melakukan pembakaran terbuka,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) dilaporkan berkata, rekod suhu tertinggi tahun ini adalah 36.6 darjah Celsius yang dicatatkan di Stesen Meteorolog­i Chuping pada 29 Januari lalu.

 ?? ?? Mohd Ekhwan Toriman
Mohd Ekhwan Toriman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia