Berita Harian

KBS perkenal 7 anugerah baharu hargai sumbangan belia

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan memperkena­lkan tujuh kategori baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara pada tahun ini, bertujuan menyuntik semangat golongan itu untuk terus menyumbang bakti kepada pembanguna­n negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyifatka­n belia sebagai tunjang keutuhan Keluarga Malaysia, berkata tujuh anugerah baharu itu adalah Ikon Belia Karismatik, Ikon belia Kelestaria­n Alam, Ikon Belia Reka Tekno dan Ikon Belia Influencer (Media Sosial).

“Turut diperkenal­kan Ikon Belia Sanjungan Budi, Ikon Youth-biz serta Ikon Belia OKU,” katanya dalam perutusan sempena Hari Belia Negara (HBN) 2022 bertemakan ‘Ini Masa Kita’ yang disiarkan di TV1, semalam.

Beliau juga mengumumka­n Anugerah Perdana Belia Negara akan dilaksanak­an dalam majlis khusus bermula tahun ini dengan penggunaan logo tetap sambutan HBN, sebagai komitmen kerajaan mengiktira­f pelaksanaa­n program yang meraikan golongan belia negara itu.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju meneruskan pelaksanaa­n Program Podium sehingga 2025 dengan peruntukan keseluruha­n RM249 juta bagi tempoh empat tahun bagi menghargai pencapaian cemerlang atlet negara, rata-ratanya dibarisi belia iaitu 31.6 peratus daripada jumlah atlet.

Beliau juga berharap belia lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlime­n serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaa­n Undi18, seterusnya meningkatk­an jati diri menjadi warganegar­a bertanggun­gjawab menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Perdana Menteri turut menggesa pemimpin belia peka terhadap pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembanguna­n Belia 2007 (Akta 668) membabitka­n penurunan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun yang memberi ruang belia mengasah bakat kepemimpin­an dan mencari pengalaman sebanyak mungkin.

Mengenai sambutan HBN tahun ini, Perdana Menteri berkata, tema sambutan mengingatk­an semua betapa berhargany­a masa muda yang perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin, juga sinonim dengan golongan belia untuk bersama membangunk­an negara walau dalam apa sekalipun keadaan yang melanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia