Berita Harian

Beri ruang susun strategi berkesan hadapi PRU

-

Kuala Lumpur: Pindaan Perlembaga­an UMNO berkaitan pemilihan parti dapat memberi ruang kepada parti, untuk mengorak langkah dan menyusun strategi yang berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu membolehka­n UMNO berhadapan PRU-15 tanpa bergelut dengan masalah dalaman.

“Ini adalah amanah dan tanggungja­wab kita kepada kelangsung­an parti.

“Ia juga menuntut kita semua untuk berlapang dada dan berjiwa besar, bagi memastikan UMNO terus mekar menuju ke satu abad perjuangan­nya,” katanya berucap dalam Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) Khas, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini semalam.

PAU Khas itu diadakan bagi meluluskan pindaan menyentuh Fasal 10.16 Perlembaga­an UMNO, yang memberi tempoh untuk parti itu melanjutka­n pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan

Raya Umum (PRU).

Ahmad Zahid berkata, pindaan perlembaga­an itu membawa erti yang cukup besar dan mesejnya amat jelas demi kestabilan untuk menghadapi PRU-15.

Beliau berkata, sejarah UMNO memperliha­tkan bagaimana perlembaga­an dan peraturan UMNO, sentiasa melalui proses pindaan supaya sesuai dengan keadaan semasa.

Sejak 1990 sehingga kini, katanya tiga kali pindaan perlembaga­an UMNO dilaksanak­an, berkait dengan soal pemilihan.

Beliau mengingatk­an ahli UMNO menjadikan PRU-14 sebagai sempadan dan pengajaran buat negara.

Pada masa sama, Ahmad Zahid menafikan keras dakwaan bahawa pindaan Fasal 10.16 Perlembaga­an UMNO itu untuk mempertaha­nkan kedudukann­ya dalam parti.

Sebaliknya beliau berkata, pindaan itu dibuat hasil usul yang dibawa dari mesyuarat perwakilan UMNO bahagianba­hagian sebelum ini.

Beliau berkata, usul supaya

Ahmad Zahid (tengah) bersama Ismail Sabri (dua dari kiri) tiba pada Perhimpuna­n Agung UMNO Khas, di WTC Kuala Lumpur, semalam.

pemilihan dalam UMNO ditangguhk­an dibuat oleh 180 bahagian UMNO pada mesyuarat agung masing-masing sebelum ini.

“Saya mendengar adanya suara-suara dalam kalangan kita, kononnya pindaan ini untuk menyelamat­kan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden. Suka saya tegaskan, ia tidak benar.

“Saya sekali-kali tidak akan melakukann­ya. Dangkallah jika ada di kalangan kita, termasuk saf kepemimpin­an tertinggi parti, berpandang­an dan berfikiran sempit sedemikian,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, selepas PRU selesai, pemilihan parti akan dijalankan dan pasukan baharu akan dipilih.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ??
(Foto Asyraf Hamzah/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia