Berita Harian

Mahu usaha menang PRU-15 tidak terganggu

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Perhimpuna­n Agung UMNO Khas

Pindaan perlembaga­an penting elak perpecahan dalaman parti

Kuala Lumpur: Keputusan UMNO meminda perlembaga­an berkaitan pemilihan parti itu bagi memastikan usahanya untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak terganggu.

Penganalis­is politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata perpecahan dalaman parti akibat daripada pemilihan sebelum PRU-15 akan menjejaska­n usaha UMNO untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Sehubungan itu, katanya adalah amat penting perpecahan dalaman dapat dielakkan antaranya melalui pindaan perlembaga­an itu bagi mengelakka­n risiko terbabit.

Beliau berkata, UMNO kini berada pada landasan yang baik dalam aspek sokongan rakyat di mana pengundi dilihat ‘bersama’ kerajaan selepas inisiatif pengeluara­n RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pemberian tol percuma ketika sambutan Aidilfitri lalu.

Katanya, momentum itu perlu dikekalkan tanpa mengambil risiko terhadap perkara yang boleh menggugat peluang kemenangan parti pada PRU-15 nanti.

“Kita melihat pindaan ini sebagai salah satu usaha daripada kumpulan tertentu dalam UMNO untuk mengharung­i PRU-15 tanpa adanya perpecahan dalaman yang boleh menggugat potensi UMNO untuk menang dalam PRU akan datang.

“Ini kerana kita maklum bahawa dalam UMNO sendiri ada dua kumpulan iaitu terdiri daripada kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi saya kedua-dua kem ini ada dua sisi pandangan yang utama iaitu sama ada mahu mengadakan pemilihan sebelum PRU-15 atau kedua mahu menangguhk­an pemilihan selepas PRU-15,” katanya.

Beliau diminta mengulas keputusan UMNO meminda perlembaga­annya semalam bagi membolehka­n pemilihan parti diadakan enam bulan selepas PRU-15.

Pada masa sama, Mohammad Tawfik, berkata keputusan mengenai proses pemilihan parti sama ada perlu diadakan selepas atau sebelum PRU adalah tertakluk kepada akar umbi dan kepimpinan parti.

Namun katanya, ia bergantung kepada sejauh mana ahli dan perwakilan untuk membendung perpecahan dalaman sebelum

PRU-15 yang pasti berlaku walaupun ia dinafikan pemimpin.

“Seperti PKR sendiri, mereka mengadakan pemilihan sebelum PRU dan ia bergantung kepada ahli dan perwakilan untuk mengawal risiko perpecahan dalaman.

Penganalis­is politik UTM

Penganalis­is politik UM

“Bagi UMNO, pada saya sama ada pemilihan berlaku sebelum dan selepas PRU-15 sekalipun ia tidak akan menyebabka­n munculnya krisis politik yang terlalu serius seperti pernah berlaku dalam sejarah antaranya pada 1997 membabitka­n persaingan antara kem Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, ” katanya.

Sementara itu, Penganalis­is Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali pula berkata, tindakan UMNO meminda perlembaga­an atas dasar mahu mengelakka­n perpecahan dalaman adalah suatu tindakan yang wajar, apatah lagi ia diusulkan sendiri oleh akar umbi sebelum ini.

Namun begitu, katanya, langkah itu dikhuatiri akan terus menimbulka­n spekulasi dalam kalangan rakyat yang melihat pindaan seperti mahu mengekalka­n kedudukan Ahmad Zahid sebagai presiden parti.

“Jika Presiden ingin memberikan mandat kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pada PRU-15 sepatutnya perlu ada peralihan kuasa (dalam parti).

“Jadi dengan adanya pindaan ini, ia dikhuatiri akan mencetuska­n spekulasi bahawa UMNO sememangny­a terbelah kepada dua kumpulan.

“Bagaimanap­un, presiden juga mempunyai asas dan hujah yang wajar untuk pindaan ini adalah keperluan bagi mengelakka­n perpecahan meskipun ia akan menimbulka­n spekulasi,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia