Berita Harian

Pindaan penting pastikan parti terus kukuh

-

Kuala Lumpur: Pindaan Perlembaga­an UMNO berkaitan pemilihan penting untuk memastikan parti terus kukuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata biarpun pindaan itu hanya sedikit, ia memberi impak besar kepada parti supaya tidak berpecah belah sebelum pilihan raya umum.

“Perpecahan parti akibat pemilihan bukan pada UMNO sahaja, perkara ini pernah berlaku seperti pada PAS apabila pemimpin yang kalah mewujudkan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Perkara sama juga berlaku pada PKR ketika pemilihan parti itu sebelum ini yang menyaksika­n bekas Timbalan Presidenny­a (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) keluar parti,” katanya.

Ahmad berkata, sebab itu pindaan terbabit perlu dilaksanak­an kerana tidak mahu UMNO berpecah.

Tegasnya, UMNO yang kini berusia 76 tahun sentiasa mahukan parti itu sentiasa kukuh.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata pindaan itu adalah rentetan daripada keputusan Perhimpuna­n Agung parti itu pada Mac lalu dalam memastikan UMNO dapat memberi tumpuan 100 peratus kepada pilihan raya.

“Dalam formaliti hari ini dapat dilihat kesatuan yang disaksikan di mana semua pemimpin baik dalam kerajaan atau di luar kerajaan, semua sepakat dan ini adalah episod kejayaan kepada UMNO.

“Pindaan ini memastikan parti 100 peratus fokus terhadap persiapan pilihan raya selain membuktika­n UMNO tidak berpecah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Armand Azha Abu Hanifah, berkata pindaan itu menunjukka­n parti itu terus teguh dengan kesepakata­n semua pemimpin dalam meletakkan keutamaan parti untuk kembali dominan.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Perwakilan yang hadir pada Perhimpuna­n Agung Khas UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh) Perwakilan yang hadir pada Perhimpuna­n Agung Khas UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia