Berita Harian

3 beradik tak pernah rancang jadi warga pendidik

-

Pekan: Tidak per nah merancang, semuanya hanya kebetulan. Itu kata-kata seorang daripada anak kepada peniaga, Ab Rahim Kudin, 68, dan suri rumah Manisah Pandi, 63, yang kini ketiga-tiganya bergelar warga pendidik.

Anak bongsu pasangan itu, Mohd Muzammil, 29, berkata beliau dan abangnya Saiful Adli, 38, serta kakak sulung mereka, Noor Hasmihan, 43, sama sekali tidak menjangkak­an akan berkongsi kerjaya yang sama.

Beliau yang mula menjadi tenaga pengajar pada 2017 dan kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang, di sini, berkata selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa permohonan untuk menyambung pelajaran, namun Institut Pendidikan Guru (IPG) terlebih dahulu menawarkan tempat.

“Laluan di IPG nampaknya lebih mudah buat saya, dan Alhamdulil­lah tahun ini sudah lima tahun bergelar seorang guru. Dahulu hanya melihat kakak dan abang bergelar cikgu, kini giliran saya pula,” katanya kepada BERNAMA dalam temu bual sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Berkongsi kelebihan mempunyai adik-beradik yang berkerjaya sama, Mohd Muzammil yang juga guru Bahasa Melayu dan seorang daripada johan Bahas Guru Peringkat Kebangsaan 2021 berkata, mereka kerap bertukar-tukar pandangan terutama berkaitan pengajaran dan pembelajar­an (PDP).

“Semuanya cikgu termasuk abang ipar saya, jika berkumpul adik-beradik isu yang kerap timbul selain PDP adalah berkaitan murid dan sekolah, sentiasa ada benda yang kami nak bincangkan.

“Malah, saya juga kerap bertanyaka­n pandangan kakak dan abang yang terlebih dahulu ‘makan garam’ dalam bidang ini,” katanya yang aktif membimbing muridnya dalam pantun sehingga bergelar juara peringkat kebangsaan tahun lalu.

Penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 itu turut berkata kakaknya yang memulakan kerjaya sebagai warga pendidik pada 2004, kini bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Sungai Danga, Johor Bahru, Johor.

Lebih membanggak­an, Mohd Muzammil dan Saiful Adli masing-masing kini di peringkat akhir pengajian Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Pengukuran dan Penilaian Pendidikan di Universiti Malaya.

Saiful Adli, guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, di sini pula berkata minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan mendorong beliau menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohd Muzammil (kiri) dan Saiful Adli ketika ditemubual sempena Hari Guru di Pekan.
(Foto BERNAMA) Mohd Muzammil (kiri) dan Saiful Adli ketika ditemubual sempena Hari Guru di Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia