Berita Harian

KPM angkat inisiatif, inovasi guru

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatida­yu Razali bhnews@bh.com.my

Hasil kreatif tenaga pengajar diperkemba­ng kepada sekolah lain

Bachok: Kementeria­n Pendidikan (KPM) akan memberi perhatian terhadap segala inovasi dan inisiatif yang dihasilkan oleh guru, untuk diperkemba­ngkan kepada sekolah lain.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia berikutan usaha yang dilakukan setiap guru terbabit kini kekal di sekolah berkenaan sahaja.

“Semalam saya hadir Majlis Penyampaia­n Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald’s dan hari ini Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di mana hasil usaha kreatif guru diangkat dengan pemberian anugerah.

“Justeru, kementeria­n akan mengambil pendekatan untuk melihat usaha terbaik yang dilakukan guru pemenang anugerah ini, sekiranya sesuai untuk

Menteri Kanan Pendidikan

dikembangk­an di sekolah lain, supaya ilmu itu dapat disampaika­n secara menyeluruh.

“Apa yang kita lihat terdapat inovasi yang dilakukan guru ini boleh digunakan secara meluas kerana kos yang tidak tinggi, mengambil masa yang cepat serta pendekatan yang mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad YGMB, Aminudin Adam.

Pada majlis berkenaan, Radzi turut menyampaik­an anugerah kepada 27 guru membabitka­n enam kategori anugerah.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, dalam konteks pendidikan, Malaysia bukan bersaing di dalam negara sahaja sebaiknya perlu bersaing pada peringkat dunia.

“Jika negara lain bergerak ke hadapan dan kita masih kekal dengan budaya, sikap dan pendekatan yang lama, maka kita akan terus ketinggala­n.

“Kita ketinggala­n bukan kerana kita di belakang, sebaliknya negara lain terus ke hadapan. Sebab itu apa yang penting dalam kita menyambut Hari Guru, ini adalah masa untuk kita membuat perubahan dalam struktur pendidikan,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Radzi bersama sebahagian penerima anugerah pada Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Radzi bersama sebahagian penerima anugerah pada Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia