Berita Harian

Langkah saksama atasi isu minyak sawit, getah

-

Putrajaya: Penubuhan jawatankua­sa kerja antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bagi membantera­s isu dakwaan buruh paksa adalah langkah saksama untuk menyelesai­kan isu minyak sawit dan getah.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengalu-alukan keputusan AS melalui Jabatan Kastam dan Perlindung­an Sempadan (CBP) menubuhkan jawatankua­sa itu dengan kerajaan Malaysia, berkata ia langkah tepat untuk menyelesai­kan isu tertangguh yang melanda industri tempatan secara tidak adil, khususnya minyak sawit dan getah.

Beliau berkata, kebanyakan tuntutan buruh paksa yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan berkepenti­ngan lain tidak disahkan oleh pihak berkuasa AS yang kemudian mengakibat­kan minyak dan produk minyak sawit Malaysia diharamkan.

“Ini sangat tidak adil kepada industri tempatan kita,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jumaat lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata, jawatankua­sa itu yang akan bertemu setiap tiga bulan, memberi fokus kepada pertukaran maklumat berhubung elemen buruh paksa termasuk merangka dasar yang menyokong inisiatif menghapusk­an kegiatan itu.

Saravanan berkata, CBP AS juga dijangka mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada penghujung bulan ini dan menganjurk­an bengkel bersama pemain industri.

Zuraida berkata, kerajaan menerusi Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi akan terus memastikan industri komoditi negara, antara penyumbang utama pemulihan ekonomi negara selepas pandemik COVID-19, dilindungi daripada propaganda yang mengeliruk­an daripada pelbagai pihak.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia