Berita Harian

‘Sukar kawal emosi, tak penting keselamata­n’

- Oleh Awatif Hasani bhnews@bh.com.my

Budaya perlu diubah elak risiko nahas jalan raya

Kuala Lumpur: Sikap tidak mementingk­an keselamata­n, sukar mengawal emosi hingga mudah hilang sabar dan hilang pertimbang­an, menjadi antara faktor yang boleh membahayak­an keselamata­n diri dan pengguna lain ketika berada di jalan raya.

Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, berkata budaya tidak mementingk­an keselamata­n dan sikap tidak bertimbang rasa ketika di jalan raya perlu diubah dalam usaha membantu mengurangk­an kejadian tidak diingini, terutama yang meragut nyawa.

“Keselamata­n adalah perkara penting, begitu juga sifat timbang rasa. Jalan raya digunakan secara beramai dan harus berkongsi, jadi rakyat perlu saling memahami ketika berada dalam situasi yang perlu berkongsi ramai.

“Kadang-kadang kita hanya melihat kepentinga­n diri sendiri ketika berada di atas jalan raya, nak cepat, ada urusan penting, sedangkan setiap orang ada urusan masing-masing. Hak orang lain di jalan raya juga perlu difikirkan.

“Dalam keadaan begini, mudah untuk rasa terancam dan memberi respon emosi, contohnya menunjukka­n kemarahan dengan bertindak tidak sesuai seperti berbalah atau mengekori pihak lain kerana kita rasakan pihak itu salah atau sebenarnya kita yang salah,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas data dikeluarka­n firma pendidikan pemanduan antarabang­sa, Zutobi kelmarin yang menyenarai­kan Malaysia kekal antara 10 negara di dunia dilabel paling berbahaya untuk pemanduan di jalan raya.

Mengikut data firma berkenaan, Malaysia berada di kedudukan kelapan dengan skor keselamata­n direkodkan hanya 5.63 daripada 10 pada tahun ini, meningkat satu tempat berbanding kedudukan nombor tujuh pada tahun lalu.

Negara kita juga merekodkan skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduk, kedua tertinggi dalam kalangan 10 negara terbabit, selepas Thailand dengan skor 32.3, namun mencatatka­n kadar terendah atau skor 1.0 berbanding 10 negara lain bagi kes kematian akibat nahas disebabkan penggunaan alkohol.

Kajian Zutobi berdasarka­n lima kategori, iaitu kadar kemalangan maut di jalan raya (per 100,000/populasi), had laju maksimum di lebuh raya, kadar pemakaian tali pinggang keledar, kematian di jalan raya akibat pengaruh alkohol dan had kepekatan alkohol dalam darah yang dibenarkan untuk pemandu.

Dr Muhammad Muhsin menegaskan, sikap bertimbang rasa dan sama-sama menjaga keselamata­n dalam kalangan pengguna jalan raya juga aspek penting bagi mempamerka­n contoh yang baik kepada generasi muda dan akan datang.

Beliau tidak menolak tanggapan bahawa aspek keselamata­n tidak begitu diambil berat oleh sesetengah pengguna jalan raya di Malaysia.

“Kita selalu terserempa­k keadaan ini dalam kes penunggang motosikal membawa anak membonceng, aspek keselamata­n tidak begitu diambil berat, tak pakai topi keledar dan tak guna laluan motosikal, sebaliknya menggunaka­n laluan untuk kereta.

“Walaupun terdapat masalah kekangan kewangan, elemen keselamata­n perlu diberi perhatian. Lagipun, perbuatan melanggar peraturan adalah contoh tidak baik yang ditunjukka­n kepada generasi akan datang,” katanya.

Dalam hal berkenaan, beliau menyaranka­n setiap pihak, dari peringkat pimpinan hingga rakyat di bawah supaya berusaha mengubah sikap diri dengan mementingk­an keselamata­n dan sayangkan nyawa sendiri apabila berada di jalan raya.

 ?? ?? Muhammad Muhsin A–hmad Zahari
Muhammad Muhsin A–hmad Zahari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia