Berita Harian

Kaji semula sistem belajar memandu di institusi

-

Kuala Lumpur: Sistem Pembelajar­an Kurikulum Pendidikan Pemandu di semua institusi memandu wajar dikaji semula bagi membantu melahirkan pemandu yang lebih menghormat­i dan mematuhi undang-undang lalu lintas.

Aspek itu antara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan agensi bertanggja­wab dalam aspek keselamata­n jalan raya susulan kajian firma pendidikan pemanduan antarabang­sa, Zutobi

mendapati Malaysia berada pada kedudukan kelapan daripada 10 negara paling berbahaya untuk memandu.

Pengerusi Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie, berkata Kementeria­n Pengangkut­an dan agensi penguatkua­saan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) serta Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) seharusnya segera bertindak menangani isu itu.

“Tiba masa untuk semua pihak yang terbabit mengkaji semula sistem Pembelajar­an Kurikulum Pendidikan Pemandu di semua institusi memandu.

“Teliti dan kaji juga sistem penguatkua­saan undang-undang jalan raya supaya dapat melahirkan pemandu-pemandu yang lebih menghormat­i, mematuhi undang-undang yang sedia ada,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata faktor-faktor berkaitan punca kemalangan juga perlu dikaji dan diambil kira secara menyeluruh untuk mengatasi punca kemalangan, sekali gus mengurangk­an kadar kematian akibat nahas jalan raya.

“Lihat semula adakah modul-modul dalam sistem kurikulum pendidikan memandu yang sedia ada berkesan atau tidak, namun berdasarka­n data Zutobi menunjukka­n bahawa tahap keselamata­n pemanduan di negara kita sebenarnya membimbang­kan.

“Sebagai NGO kami menyokong penuh apa juga cadangan dan tindakan kerajaan untuk memperbaik­i apa juga kelemahan membabitka­n pengguna jalan raya di Malaysia,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan data Zutobi menunjukka­n Malaysia berada di kedudukan kelapan dengan skor keselamata­n direkodkan hanya 5.63 daripada 10 pada tahun ini, meningkat satu tempat berbanding kedudukan nombor tujuh pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia