Berita Harian

Ladang ayam belum dibenar beroperasi

Pengusaha digantung lesen, hanya boleh bawa keluar ayam sudah boleh dijual

- bhnews@bh.com.my Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Ladang ayam berhampira­n FELDA Titi yang sebelum ini digantung daripada beroperasi, masih belum dibenarkan berbuat demikian sehingga masalah gangguan lalat terhadap penduduk diselesaik­an.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir, berkata Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Negeri

Sembilan (JPVNS) sebelum itu sudah menggantun­g lesen operasi ladang berkenaan pada 22 April selepas menerima aduan pada 18 April lalu.

Katanya, pihak pengurusan ladang perlu menyelesai­kan masalah gangguan lalat itu sebelum dibenarkan beroperasi semula.

“Sebelum ini kita hanya membenarka­n mereka membawa keluar ayam yang sudah boleh dijual, namun tidak membenarka­n anak ayam baharu dibawa masuk ke ladang.

“Setakat ini, JPVNS masih memantau keadaan ladang berkenaan sebelum ia dibenarkan beroperasi semula,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Aidilfitri di kediaman beliau di Kuala Klawang.

Gangguan lalat di FELDA Titi

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) sebelum itu sudah menggantun­g lesen operasi ladang berkenaan pada 22 April selepas menerima aduan pada

18 April lalu Bakri Sawir,

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan

Yang turut hadir, Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad dan Pegawai Daerah Jelebu, Abdul Rahim A Aziz.

Media sebelum ini melaporkan, 10 rumah penduduk peringkat dua di FELDA Titi diserang lalat sehingga mengganggu aktiviti harian, selain menjejas persiapan hari raya.

Dalam perkembang­an lain, Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, berkata faktor cuaca menyebabka­n kekurangan durian turut berlaku di negeri ini, sekali gus akan mempengaru­hi harga di pasaran.

“Terpulang kepada orang ramai sama ada mahu membeli atau tidak sekiranya berlaku kenaikan harga durian seperti diramalkan sesetengah pihak.

“Namun apa yang diperhatik­an khususnya di negeri ini, durian tidak begitu menjadi pada tahun ini disebabkan faktor cuaca, sekali gus tidak menolak kemungkina­n harga jualan akan meningkat kerana dipengaruh­i permintaan yang tinggi dan kekurangan bekalan,” katanya.

 ?? (Foto Abnor Hamizam Abd Manap/bh) ?? Penduduk menunjukka­n lalat yang mengganggu kehidupan mereka dan menjejaska­n sambutan Aidilfitri.
(Foto Abnor Hamizam Abd Manap/bh) Penduduk menunjukka­n lalat yang mengganggu kehidupan mereka dan menjejaska­n sambutan Aidilfitri.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia